saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 28/03/2013

Pilih pemimpin beri khidmat

JOHOR BAHRU 27 Mac - Seseorang pemimpin itu perlu dipilih berdasarkan perkhidmatannya kepada masyarakat kerana ini adalah asas kepada penilaian rakyat untuk memberikan sokongan, seterusnya menjadi penentu kepada pilihan mereka dalam pilihan raya umum.

Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Jason Teoh Sew Hock berkata, atas dasar itu dia tidak menghiraukan sebarang bentuk kritikan terhadap dirinya dan akan terus membantu rakyat dalam kesusahan menerusi tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

"Tidak kira saya belum jadi calon, hari-hari ada orang yang marah dan cabar saya. Saya akar umbi parti, Ketua Bahagian MCA dan Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (PBJBT), kalau satu hari nanti sudah tidak mampu beri perkhidmatan, saya akan letak semua jawatan yang ada.

"Apa yang dikatakan pembangkang bahawa tsunami politik akan berlaku kali ini dari selatan ke utara tetapi pada pandangan saya, kenyataan ini kabur dan tidak jelas kerana tidak membabitkan sebarang kajian dan hanya cakap-cakap," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran 'kenderaan perang' Pilihan Raya Umum Ke-13 di Taman Pulai Utama di sini, semalam.

Kenderaan tersebut diwujudkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Pulai Utama, GP Cycling Club dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk digunakan dalam jelajah siri ceramah MCA di sekitar Gelang Patah menjelang pilihan raya umum nanti.

Menurut Sew Hock, situasi yang berlaku dari selatan ke utara bukan tsunami politik tetapi perkembangan ekonomi melalui projek mega seperti Iskandar Malaysia, Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang dan terbaharu, projek kereta api laju Singapura-Malaysia yang diumumkan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa MCA Gelang Patah telah menggerakkan anggotanya untuk membantu mangsa ribut di Taman Damai Jaya sehari selepas 108 rumah di kawasan itu mengalami kerosakan akibat ribut pada Sabtu lalu.

"Pada awalnya, anggaran masa seminggu diperlukan untuk membersihkan kawasan tersebut, namun komitmen pasukan yang terdiri daripada 30 orang dapat menjalankan kerja pembersihan yang dijangka siap esok (hari ini).

"Saya juga menggerakkan pekerja saya, selain mendapat kerjasama daripada SWM dengan dua lori MPJBT yang menyediakan 'skylift', selain bantuan daripada Pejabat Pegawai Daerah dan sumbangan individu," katanya lagi.

Tambahnya, kejadian rumah rosak akibat ribut ini merupakan kali yang ketiga sejak tahun lalu yang mana MCA Gelang Patah bertindak membantu mangsa mendapatkan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat dan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.