saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 03/04/2013

PRU-13: Nakhaie tetap undi BN walaupun adik jadi calon Pas

KUALA LUMPUR 3 April - Meskipun adiknya kini menyertai Pas dan akan bertanding di kerusi Parlimen Baling pada pilihan raya umum akan datang, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad tetap dengan pendiriannya untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pendirian itu berikutan BN mempunyai agenda memartabatkan agama Islam dan Melayu berbanding Pas yang hanya mengikut telunjuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pada pilihan raya ini saya berpendirian bahawa adalah amat penting bagi kerajaan BN untuk terus diberi mandat.

"Ini adalah berdasarkan pandangan saya bahawa dasar-dasar BN dari dahulu dan sekarang masih menjadi sandaran kita untuk kemajuan agama dan bangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pas mengumumkan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigadier Jeneral, Datuk Najmi Ahmad yang merupakan adik kepada Nakhaei untuk bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.