saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 04/04/2013

Kaum Cina rugi jika tak sokong BN

SEGAMAT 3 April - Kaum Cina akan rugi jika tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana hanya terdapat kira-kira 50 daripada 222 kawasan Parlimen mempunyai majoriti pengundi Cina.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sekiranya pengundi Cina tidak menyokong calon BN, calon pembangkang akan memenangi semua kerusi tersebut, sekali gus menjadi wakil mereka di Parlimen.

"Sekiranya ini berlaku, kaum Cina akan rugi kerana tidak ada wakil mereka dalam kerajaan untuk memperjuangkan nasib mereka selain usaha untuk membantu mereka akan oleh kerajaan akan terbantut.

"Hal ini amat tidak sihat kepada negara dan boleh menyebabkan tiada kestabilan dari segi ekonomi dan hubungan kaum," katanya dalam majlis Makan Malam Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cina dan pemimpin masyarakat Cina Segamat di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Jementah, Datuk Dr. Lee Hon Tee.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 600 pemimpin daripada lebih 100 NGO Cina di daerah ini.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia dan penyandang kerusi Parlimen Segamat turut mengingatkan pengundi Cina supaya berfikir panjang serta menilai kesan buruk yang akan berlaku sekiranya mereka hanya diwakili oleh wakil rakyat parti pembangkang di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan keyakinan bahawa BN akan mampu menubuhkan kerajaan selepas PRU-13 kerana pengundi Melayu dan India yang tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu telah kembali menyokong BN.

"Pelbagai janji tertunggak yang tidak mampu dilaksanakan di beberapa negeri dikuasai pakatan pembangkang membuat pengundi mula sedar siapa sebenarnya yang mampu membela nasib mereka.

"Ini membuatkan pengundi kembali kepada BN demi masa depan mereka kerana keyakinan terhadap pembangkang makin hilang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.