saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 04/04/2013

PRU-13: Pas ada 2 calon termasuk Aisyah di Parlimen Jempol

"

JEMPOL 4 April - Kecelaruan Pas dalam meletakkan calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin ketara apabila tidak sedar parti itu mengumumkan lebih daripada satu nama bagi satu kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

Terbaru, bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.

Ahad lalu, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Jempol.

Ia dinyatakan sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Malam tadi pula, nama penyanyi Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin pula diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen yang sama.

Yang pelik dan menghairankan, pengumuman itu itu dibuat sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sedangkan, beliau turut hadir pada program di mana Abd. Rahman menyatakan kepada media bahawa Mohd. Fairuz adalah calon Pas bagi kerusi Parlimen tersebut.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh Pas sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

"No comment, saya tak tahu apa-apa, tunggulah keputusan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang akan umumkan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada program Ahad lalu, Abd. Rahman turut memperkenalkan beberapa calon lain kepada media termasuk memberitahu beliau akan bertanding di DUN Serting, selain T. Kumar (Jeram Padang) dan Rebin Birhim (Palong).

Sewaktu nama calon ini dipanggil, kesemua mereka telah diminta naik ke atas pentas, tanpa menyebut bertanding di kawasan mana. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.