saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 06/04/2013

PRU-13: Tutup dakwaan rancang keganasan, cetus pula teori 11, 13 Mei

JOHOR BAHRU 6 April - Selepas banyak pihak dan rakyat jelata menyatakan kekesalan dan kebimbangan atas dakwaan perancangan pakatan pembangkang mencetuskan kekecohan jika kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kini mereka membuat tuduhan ke atas Barisan Nasional (BN) dengan 'teori 11 dan 13 Mei' berbau perkauman.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub malam tadi meramalkan bahawa tarikh hari pengundian PRU-13 adalah pada 11 Mei dan pembentukan kerajaan pula pada 13 Mei ini.

Bagi 'menghalalkan' teorinya itu, beliau mendakwa, tarikh itu sengaja dipilih bagi mewujudkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat selain bertujuan mengingatkan rakyat mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969 iaitu bagi menakut-nakutkan mereka.

"Kita diberitahu bahawa besar kemungkinan tarikh pilihan raya kerana jatuh pada 11 Mei. Kerana apa? Bukan sebarang pilih tetapi ada matlamat iaitu hari mengundi 11 Mei, peralihan kerajaan keesokan harinya dan 13 Mei akan menjadi hari pembentukan kerajaan.

"Kerajaan BN sudah tidak ada hujah lain, mereka sanggup guna isu perkauman dan tragedi pertumpahan darah sebagai modal mereka," katanya ketika berceramah di Bandar Baru Uda, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Salahuddin mengulangi kesediaannya bertanding di Johor dengan menyatakan hasratnya untuk membantu rakyat di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.