saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 08/04/2013

Sokongan kaum India kepada Barisan Nasional kian memuncak

R. PERUMAL (depan, dua dari kanan) pada majlis perasmian Pusat Informasi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia Sahabat BN di Banda Hilir, Melaka, semalam.

MELAKA 7 April - Sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin memuncak apabila kaum minoriti itu tidak langsung dipinggirkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini.

Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal berkata, perjuangan kerajaan dalam membela nasib rakyat di negara ini meliputi semua kaum dan tidak langsung menganaktirikan kaum tertentu.

Menurutnya, kemakmuran yang dikecapi negara ini dikongsi bersama semua kaum dengan adil dan kerajaan juga memperkenalkan pelbagai inisiatif kepada kaum India ke arah memperkasakan kaum itu dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi dan pendidikan.

"Manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menyentuh kepentingan semua kaum termasuk kaum India yang dilihat sebagai pengiktirafan kerajaan kepada kaum India.

"Dalam manifesto itu, kerajaan telah berjanji akan meningkatkan taraf hidup kaum India melalui penekanan dalam bidang ekonomi dan pendidikan," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian Pusat Informasi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Sababat BN di Banda Hilir, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo, Presiden MAICCI, Datuk K. K. Eswaran dan Pengerusi MAICCI negeri, R. Rajasekharan.

Dalam majlis itu, sebanyak 20 murid India yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu menerima wang sagu hati manakala warga emas dan golongan miskin pula menerima sumbangan barangan keperluan dapur.

Perumal berkata, beliau yakin bahawa sokongan kaum India di negeri ini terhadap kerajaan akan diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan memberikan kemenangan besar kepada BN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.