saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 09/04/2013

PRU-13: Masyarakat India di Melaka tolak pembangkang

MELAKA 9 April - Para pengundi India di negeri ini diyakini akan memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana sedar hanya parti itu yang sentiasa membela nasib kaum tersebut.

Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal berkata, aku janji BN dalam manifesto yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu adalah bukti kerajaan sentiasa mengiktiraf masyarakat India termasuk menggariskan agenda memperkasa ekonomi kaum berkenaan.

"Masyarakat India sedar pembangkang tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan melihat kepada manifesto mereka (pembangkang), kaum India langsung tidak diberikan pembelaan sewajarnya.

"Pentadbiran BN telah mengiktiraf kaum India sebagai pengumbang kepada pembangunan nasional dan nasib mereka sentiasa mendapat perhatian sewajarnya sama ada dalam bidang ekonomi mahupun pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Informasi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri India Malaysia (MAICCI) Sahabat BN di Banda Hilir, di sini semalam.

Perumal berkata, dalam manifesto BN itu, kerajaan juga berjanji unuk membantu masyarakat India di negara ini mencapai sasaran pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus.

"Justeru, saya menyeru rakyat terutama kaum India menolak pembangkang ini kerana mereka hanya mahukan undi dan bukan untuk berbakti kepada masyarakat.

"Saya percaya sekiranya mereka menang sudah pasti janji yang ditaburkan hanya tinggal janji sahaja," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.