saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 09/04/2013

Analisis PRU-13: Ambiga merajuk akibat disingkir?

PADA tahun lalu, negara melalui episod 'panas' dan kacau-bilau dengan tiga siri demonstrasi yang dinamakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang ditunjangi oleh pengerusi bersama, S. Ambiga.

Malah, Ambiga bagi penyokong-penyokong fanatiknya dianggap sebagai ‘srikandi’ negara dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan sosialis dan hak sama rata rakyat.

Kelantangan suaranya dalam mengutarakan pendapat sangat disegani dalam kalangan pengikutnya. Malah, Ambiga boleh dikatakan individu yang berjaya menarik sokongan dan pengaruh ke dalam kelompok tersendiri.

Bayangkan wanita ini berjaya membawa khalayak tanpa berfikir panjang untuk berdemonstrasi di jalanan.

Namun, dalam pada waktu negara sibuk untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU-13), wanita yang paling lantang memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih itu kini seolah-olah tidak wujud dan tidak mempunyai peranan.

Malah, Ambiga kini tidak pernah membuat kemunculan di khalayak ramai serta tidak pernah berada di pentas-pentas ceramah pembangkang.

Di mana Ambiga menghilangkan diri? Adakah beliau sengaja mengambil langkah berdiam diri atau diminta oleh pihak tertentu supaya berdiam diri?

Malahan, tindakan Ambiga yang terus membisu dalam kemelut pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP turut dipersoal banyak pihak.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong ketika dihubungi Utusan Online berkata, Ambiga mungkin telah menjadi alat dan perkakas politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan wanita itu merajuk dan menyepikan diri.

Katanya, selepas demonstrasi Bersih 3.0 tamat, khidmat Ambiga mungkin tidak lagi diperlukan dan langsung tidak disenaraikan sebagai calon.

"Anwar memang terkenal suka menggunakan orang untuk mencapai matlamat politiknya. Ambiga mungkin tersedar dan berasa seperti dipergunakan.

"Sepatutnya, Ambiga diletakkan untuk bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina kerana beliau secara terang-terangan tidak akan mendapat sokongan di kalangan pengundi Melayu," katanya.

Ambiga kini hanya dapat dikesan melalui laman sosial, twitter dan amat jarang untuk mengeluarkan kenyataan balas para pengikutnya.

Kemungkinan Ambiga diminta mendiamkan diri ekoran kredibilitinya yang dianggap ancaman oleh sesetengah individu berkepentingan dalam pakatan pembangkang.

Berbeza dengan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di Parlimen Bentong, tetapi nasib Ambiga sehingga kini tiada siapa yang tahu.

Blog Gelagat Anwar (gelagatanwar.wordpress.com) turut mengulas tentang tindakan Ambiga yang terus menyepi dan membuat andaian bahawa wanita itu tidak disenaraikan sebagai calon PRU-13.

"Bayangkan, seorang yang mampu bawa rakyat ke jalanan, diketepikan dari senarai pencalonan, kerana dia bukan di dalam hierarki politik.

"Janji Anwar sewaktu Bersih 2.0, Ambiga akan ditampilkan sebagai calon ‘urban dan wajib menang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada kali ini.

"DAP juga ada keinginan nak bawa Ambiga bertanding menggunakan tiket DAP,"’ kata blog tersebut.

Apakah Ambiga juga senasib dengan puluhan lagi rakan karib Anwar yang dicampak oleh pemimpin PKR itu bagai hampas tebu selepas madunya diambil?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.