saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 10/04/2013

PRU-13: Pas tetap bertanding di Changkat Jering

LUMUT 10 April - Pas Perak malam tadi mengumumkan akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13, termasuk di Changkat Jering yang sebelum ini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty sebelum ini yang menegaskan bahawa kerusi tersebut hanya akan diserahkan kepada Pas dengan syarat diganti dengan kerusi lain yang dimiliki Pas.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, ketetapan itu sudah mendapat 'lampu hijau' oleh kepimpinan Pas pusat.

"Pada PRU-12, kita hanya bertanding di 21 DUN tetapi kali ini akan bertambah satu kerusi di Changkat Jering. Kerusi itu diserah (kepada Pas) tanpa (kerusi) ganti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ceramah dan pengumuman calon Pas di Kampung Permatang, Teluk Rubiah, di sini.

Walaupun dijadualkan akan mengumumkan kesemua calon Pas yang akan bertanding di Perak, Abu Bakar sebaliknya hanya mengumumkan tiga calon bagi kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

Pengarah Jabatan Tarbiyah Pas Pusat, Idris Ahmad diumumkan bertanding di Parlimen Bukit Gantang manakala tiga kerusi DUN berkenaan diisi Ketua Pemuda Pas Kubu Gajah, Nazri Din (Kubu Gajah), Ketua Lajnah Teknologi Maklumat Dewan Muslimah Pas Perak, Rohawati Abidin (Pasir Panjang) dan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering).

Muhammad Nur sebelum ini membantah tindakan Pas mengumumkan Muhammad Nizar bertanding di kerusi Changkat Jering tanpa persetujuan PKR yang hanya akan bersetuju jika Pas menyerahkan satu kerusi 'boleh menang' kepada parti itu sebagai ganti.

Diminta mengulas perkara itu, Abu Bakar berkata, Pas setakat ini hanya bersetuju untuk bertukar kerusi dengan PKR di DUN Lintang dan Kenering manakala Changkat Jering akan tetap diserahkan kepada Pas.

Ditanya mengenai desakan akar umbi yang mahu Pas bertanding di beberapa lagi kerusi milik PKR termasuk di DUN Sungai Manik dan Alor Pongsu, Abu Bakar mengakui, perkara itu melibatkan masalah dalaman parti itu.

"Di DUN Sungai Manik kita kekalkan status quo, itu yang kita putuskan. Itu masalah dalaman, kita akan selesaikan sebelum pilihan raya," katanya. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.