saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 10/04/2013

PRU-13: Ambiga dakwa pilihan raya kali ini paling kotor

SEREMBAN 10 April - Pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga terus menoktahkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai yang paling kotor tetapi mulutnya dikunci rapat daripada mengulas mengenai 'kesilapan' dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada hujung tahun lalu.

Kata Ambiga, senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak bersih dan mendakwa SPR tidak memberikan sebarang jawapan ketika isu itu dibangkit oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Kami dapat laporan senarai undi tidak bersih dan pada pendapat Bersih, PRU-13 ini adalah yang paling kotor," katanya.

Ambiga yang sepatutnya lebih tahu apa yang berlaku pada pemilihan CEC DAP selepas banyak aduan berkaitan penipuan dalam proses pengundian, manipulasi undi dan perwakilan haram, diihat tidak bersikap adil untuk memperjuangkan hak pilihan raya bersih dalam proses pemilihan parti untuk menentukan kepimpinan DAP.

Namun dalam ceramah anjuran DAP malam ini, Ambiga terus menyalahkan pihak media terutamanya arus perdana dengan mendakwa parti politik terutamanya pakatan pembangkang tidak mendapat tempat sewajarnya ketika melancarkan manifesto mereka.

"Apabila manifesto Barisan Nasional (BN) dikemukakan pada hari Sabtu, berapa lama ia ditayangkan dalam media arus perdana (televisyen), hampir dua jam tetapi pakatan pembangkang berapa minit, 10 minit pun. Adakah itu adil?" katanya.

Beliau juga berkata, kehadirannya dalam banyak ceramah politik anjuran pembangkang kerana dijemput.

"Bersih tidak memihak pada mana-mana parti politik, kita tidak sokong mana-mana parti politik, tetapi pakatan pembangkang sokong Bersih. Pakatan pembangkang sokong pilihan raya bersih. Kalau ada jemputan dari BN, tentulah saya akan pergi," katanya.

Ambiga juga mahu rakyat mencabar ketelusan PRU-13 ini, melalui projek Jom-100 peratus, dengan meminta pengundi keluar beramai-ramai sehingga mencecah 100 peratus pengundi untuk tujuan melawan penipuan yang dikatakannya berlaku itu.

"Bila semua keluar mengundi, kita boleh menyiasat penipuan ini. Satu lagi cara ialah rakyat sendiri boleh menjadi pemantau kepada proses pilihan raya. Kita mahu pilihan raya yang bersih dan aman," katanya.

Pada akhir ceramahnya, Ambiga melaungkan 'hidup Bersih', tanpa membersihkan isu berkaitan pemilihan CEC DAP di mana sepatutnya dia meminta Pertubuhan Pendaftar (ROS) menyiasat dan bertindak untuk menentang DAP. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.