saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 12/04/2013

PRU-13: 10 NGO gesa tolak 4 budaya ranapkan demokrasi Islam

KUALA LUMPUR 12 April - Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menggesa pemimpin politik, golongan intelektual, pengamal media dan masyarakat menolak empat budaya politik yang boleh meranapkan amalan demokrasi Islam yang bersih dan beretika.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, budaya terbabit, yang perlu ditolak terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), adalah politik fitnah, politik lucah, politik samseng dan politik rasuah selain peras ugut.

"Demokrasi membuka ruang luas kepada masyarakat meluahkan pandangan dan kritikan namun ia tidak seharusnya dicemari dengan fitnah. Hujah bernas perlu ditampil untuk membuka minda masyarakat," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kumpulan merangkumi 10 NGO itu menarik perhatian PRU sepatutnya dirai sebagai hari kebebasan demokrasi yang membolehkan rakyat memilih pemimpin terbaik untuk meneraju negara tanpa ancaman fizikal dan mental.

Selain Abim, kumpulan NGO Islam itu terdiri daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Hafiz Malaysia, Kumpulan Prihatin, Pertubuhan Ikram Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Teras Pengupayaan Melayu dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia.

Mengulas keperluan menghapus politik fitnah di media sosial, Amidi berkata, kesediaan masyarakat menolak daripada mempercayai serta menyebar amalan politik seperti ini merupakan perkara penting bagi memastikan hak demokrasi rakyat tidak tercemar.

"Bila kita terima perkara fitnah seperti itu dalam akaun media sosial kita, perlu bagi kita untuk tidak terus percaya tanpa soal selidik. (Elemen) fitnah itu apa yang terbaik kita padam sahaja dan kita tidak kongsi dengan orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Ikram, Zaid Kamaruddin pula berkata, pengamal media memainkan peranan penting dalam memastikan politik fitnah tidak menular dengan menentukan kesahihan setiap fakta dan berita selain menimbang sebarang impak terhadap masyarakat jika berita itu disiarkan.

"Dalam arena politik kita sekarang, semua orang nak buat tuduhan dan suruh orang kena tuduh itu jawab. Sepatutnya yang tuduh itu beri maklumat dan bukti secukupnya, kemudian salurkan maklumat itu kepada pihak bertanggungjawab. Kemudian nak tuduh, tuduhlah.

"Tidak perlu kalau tuduhan yang tidak berasas atau tidak diterima akal disiarkan. Media merupakan komponen besar dalam membentuk minda masyarakat. Jika fitnah atau perkara tidak sepatutnya disiarkan, minda masyarakat tidak akan berkembang," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.