saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 13/04/2013

PRU-13: Tun M minta pengundi di Pendang tolak Mat Sabu

PENDANG 13 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu rakyat di kawasan Parlimen Pendang menolak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang akan bertanding di kawasan itu kerana sanggup bekerjasama dengan orang yang pernah dianggapnya sebagai 'kotor'.

Beliau berkata, Mohamad atau Mat Sabu yang diumumkan oleh Pas sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pendang adalah 'kaki karut' kerana bekerjasama dengan orang yang pernah dikutuknya iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dulu dia (Mat Sabu) macam-macam cakap dekat Anwar. Dia kata Anwar kotor sangat tapi kali ini dia sembah, sayang dan peluk Anwar serta sokong PKR.

"Mat Sabu juga kawan dengan Datuk S. Ambiga (Pengerusi Bersih)... ," katanya dalam ucapan pada majlis Himpunan Rakyat Pendang di Pejabat UMNO Pendang di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Mat Sabu sebenarnya tidak wajar untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kerana akan memecah-belahkan orang Islam.

Katanya, Mat Sabu dan perjuangan Pas hanya akan melemahkan orang Melayu sahaja dan mereka langsung tidak memperjuangkan Islam itu sendiri seperti yang disebut-sebut dalam ceramah mereka sebelum ini.

Dr. Mahathir mempersoalkan sikap calon yang akan bertanding di Pendang itu kerana kononnya memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah melakukan sesuatu kepada agama.

Beliau berkata, Mat Sabu yang mendapat pelajaran hasil usaha Barisan Nasional (BN) langsung tidak pernah mengucapkan terima kasih atau membalas budi.

"Orang jenis ini tak pernah kenang budi. Kita tolong dia, dia gigit balik lepas tu. Dia datang di kawasan ini dan akan ajar anak-anak kita di sini untuk tak ucap terima kasih kepada orang yang menolong mereka," katanya.

Beliau mahu pengundi Pendang menolak Mat Sabu dan perlu memilih calon dari BN bagi memastikan masa depan mereka terjamin. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.