saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 15/04/2013

BN Beaufort yakin pertahan kerusi Parlimen dan DUN

BEAUFORT 14 April - Barisan Nasional (BN) Beaufort berkeyakinan mampu mempertahankan kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, ia berdasarkan sokongan padu dan respons yang menggalakkan daripada rakyat khususnya di kawasan terlibat terhadap setiap program BN yang dilaksanakan.

"Perjuangan mengekalkan kerusi BN perlu diteruskan dan kami semua bersama parti komponen sudah cukup bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 ini." katanya dalam majlis Himpunan Keluarga Pautan Kasih Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir dan Datin Asbeh Alibasah di Kampung Limbawang di sini, hari ini.

Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort yakin rakyat akan terus memberi mandat kepada BN untuk menerajui kepimpinan negara berdasarkan pembangunan dan transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dapat dilihat dan dinikmati rakyat.

Mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort, Azizah menyerahkan perkara itu kepada pucuk kepimpinan BN kerana apa yang penting memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada sesiapa sahaja yang dicalonkan agar BN terus melakar kejayaan dalam PRU-13.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.