PILIHAN RAYA
ARKIB : 16/04/2013
ANALISIS PRU-13: Calon BN tepati aspirasi pengundi muda
TEKA-teki calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah terjawab sepenuhnya, hari ini.
Ramai calon boleh menarik nafas lega kerana terpilih manakala ada kalangan pemimpin yang kecewa kerana tidak dicalonkan.
Namun, terpilih atau tidak bukan menjadi persoalan pokok kerana apa yang penting adalah matlamat untuk memenangkan parti.
Saya ingin menyingkap sebuah peribahasa Melayu yang berbunyi: "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat."
Peribahasa Melayu ini jelas membawa pengertian bahawa sesuatu keputusan itu akan diperoleh menerusi kerjasama dan muafakat.
Malah, hal itu menggambarkan betapa pentingnya kerjasama dalam kalangan mereka yang tidak terpilih dengan mereka yang telah diberi mandat untuk bersama-sama memenangkan parti pada kali ini.
Pada PRU-13, BN mempertaruhkan sebanyak 33 peratus muka baharu bagi kerusi Parlimen manakala 49 peratus lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri.
Sekadar menyebut, antara muka-muka baharu yang menjadi harapan BN adalah bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (rakan BN) yang akan bertanding di Parlimen Shah Alam, Prof. Abu Bakar Mohd. Diah (Parlimen Tangga Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanding di Parlimen Jerai dan ramai lagi.
"Calon-calon baharu ini telah menepati aspirasi pengundi muda (bawah 40 tahun) di negara ini yang dijangka separuh daripada 13.3 juta pengundi yang berdaftar.
"Sebagai pengundi muda, mereka (pengundi muda) dijangka menerima mesej BN untuk mentransformasikan pemerintahan negara ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Mohamed Mustafa menganggap BN pada kali ini telah berjaya mempelajari sesuatu dengan meletakkan calon-calon yang layak dan berpotensi.
Katanya, pada PRU-13, BN cuba mengimbangi dan memastikan supaya para pengundi dapat mengundi calon yang dipertaruhkan dan juga parti.
"Saya beranggapan bahawa isu pemilihan calon selalu menjadi masalah utama pada PRU-PRU terdahulu," ujarnya.
Hasrat BN untuk menawan lebih banyak kerusi di negeri-negeri yang kalah pada PRU terdahulu diyakini dapat dicapai dengan mudah.
Hal ini kerana BN telah mendapat formula pilihan raya dengan mempertaruhkan calon-calon yang memiliki kekuatan tersendiri.
Semoga gabungan calon muka baharu dan lama dapat memberi impak yang besar kepada keputusan PRU-13 pada 5 Mei nanti. - UTUSAN ONLINE
PRK Pengkalan Kubor: Lebih 1,000 penyokong BN
PRK Teluk Intan: Pas usaha pastikan Melayu-Islam sokong DAP
PRK Teluk Intan: Calon DAP hidap sindrom 'tiga tidak'
DAP gagal pertahan majoriti di Bukit Gelugor
Hanya 56 peratus mengundi di PRK Bukit Gelugor
Status Ramkarpal jadi calon DAP dipersoal
Cheng Guan nafi proksi BN
PFP tidak layak bertanding, gagal sedia deposit mencukupi
Ahli Pas jadi calon Bebas yakin tawan Bukit Gelugor
Saya disabotaj - Mohd. Yaacob
PRK Kajang: Mei Fun pilihan tepat - TPM, Zahid, Shafie
PRK Kajang: PM harap pengundi beri kemenangan kepada calon BN
PKR Kajang: Mei Fun nafi letak jawatan dera pembantu rumah 2010
PRK Kajang: Pakatan hanya harapan palsu - Ruslan Kassim
PRK Kajang: Polis jamin keselamatan pengundi
PRK Kajang: Cuaca diramal cerah pagi esok
PRK Kajang: Hanya satu aduan diterima kes Spoof SMS - Menteri
Ambil tindakan terhadap parti kempen awal di Kajang - Majlis Peguam
PRK pada Mac kerana SPR perlu masa - Pengerusi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












