saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 17/04/2013

Ibrahim Ali bertanding Bebas

KOTA BHARU 16 April - Biarpun akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun Datuk Ibrahim Ali menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Malah, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu yang sedang bercuti, turut menyeru kepada semua ahli pertubuhan tersebut supaya terus memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan BN.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan untuk turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut berharap orang ramai tidak menyamakan keadaan yang berlaku di Pasir Mas dengan kawasan lain di seluruh negara termasuk Kelantan.

"Saya ingin berterus terang sememangnya saya berharap dipilih menjadi calon BN tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tidak tahu, tetapi saya ingin nyatakan di sini walaupun bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN.

"Saya kira hal Pasir Mas kes terpencil iaitu kerana pertama, saya penyandang dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dan kedua, saya perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dan Islam.

"Walau pun saya tidak terpilih saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, saya tidak berkecil hati dan pada saya kalau ini nasib saya, saya terima, mungkin juga ada pihak yang cemburu dan dengki kepada saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Beliau yang baru tiba dari Kuala Lumpur disambut lebih 300 penyokongnya yang membawa pelbagai sepanduk sebelum berkonvoi ke Dataran Tok Him di Tendong, Pasir Mas untuk perhimpunan rakyat.

Keputusan BN Kelantan tidak mencalonkan Ibrahim atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini mengejutkan banyak pihak kerana beliau secara konsisten membantu kerajaan terutama dalam isu membabitkan agama Islam dan orang Melayu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas telah menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi. Beliau kemudiannya mengisytiharkan sebagai calon Bebas.

Ibrahim berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon di tiga kerusi DUN di Parlimen Pasir Mas.

"Sama ada saya akan meletakkan calon di kerusi DUN Chetok, Tendong dan Pengkalan Pasir di mana saya sendiri akan bertanding kerusi Parlimen dan DUN kita tunggu 20 April nanti.

"Apakah keputusan saya di Pasir Mas ini akan menjejaskan peluang BN untuk merampas Kelantan? Saya tidak tahu dan jangan salahkan saya, saya sudah tunjukkan keikhlasan, saya sudah berkorban selama lima tahun, kalau saya dibalas dengan tuba saya hendak buat macam mana, saya reda," katanya.

Tambahnya, beliau akan berkempen seperti biasa dan akan mendedahkan semua rekodnya sepanjang berkhidmat di Pasir Mas tetapi tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas sekiranya ada pihak menyerangnya.

"Saya tidak boleh cakap apa, saya menyatakan tadi minta rakyat Kelantan beri sokongan kepada calon BN kecuali Pasir Mas, di sini pun saya tidak bersaing dan lawan BN cuma saya nak masuk Dewan Rakyat dan kalau boleh masuk Dewan Undangan Negeri sebab isu yang berlaku dalam negara sekarang ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.