saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 19/04/2013

Calon Bebas beli 800 borang penamaan calon

PUTRAJAYA 18 April - Lebih 2,000 borang penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah dibeli oleh semua parti politik dan individu yang ingin bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daripada jumlah tersebut lebih 800 keping borang penamaan yang berharga RM20 setiap satu itu dibeli oleh calon Bebas.

"Ada kalangan mereka yang membeli lebih daripada satu borang penamaan, mungkin takut berlaku kesilapan ketika mengisi borang.

"Bagaimanapun, SPR akan hanya mengetahui secara terperinci jumlah calon yang bertanding pada PRU-13 selepas hari penamaan," katanya kepada pemberita di Bilik Media SPR di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, SPR menjangkakan jumlah calon Bebas lebih ramai berbanding PRU-12.

"Berdasarkan laporan media, ramai ahli parti yang tidak puas hati kerana tidak dicalonkan dan di bawah undang-undang, SPR tidak boleh halang mereka untuk jadi calon bebas.

"Tetapi sukar dijangka jumlah yang tepat kerana ahli politik ini suka buat perubahan di saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR menyeru agar para penyokong parti politik tidak datang dan berkumpul dalam jumlah yang ramai di Pusat Penamaan Calon pada Sabtu ini.

"Kertas penamaan calon yang lengkap diisi boleh dikemukakan sama oleh calon, penyokong dan pencadang atau dua orang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata, para penyokong juga dilarang memberi atau membekalkan alat muzik, pembesar suara atau menggunakannya bagi tujuan propaganda sama ada menggunakan binatang atau kenderaan.

Katanya, para penyokong juga tidak boleh menunggu atau berdiri dalam jarak 50 meter di sempadan pusat penamaan calon.

"Larangan itu termaktub di bawah Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan penjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara atau kedua-duanya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.