saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 04/05/2013

PM optimis Barisan Nasional kekal perintah negara, 5 Mei

DENGKIL 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis Barisan Nasional (BN) akan kekal memerintah negara dan kembali menerajui tampuk pemerintahan di Selangor pada malam 5 Mei ini.

Beliau berkata, barisan kepimpinan BN telah bekerja keras selama lima tahun untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan memulihkan semangat jentera-jentera parti.

Menurutnya, BN sudah bersedia membuka lembaran baru di Selangor kerana rakyat sedar dasar transformasi nasional yang dicetuskan adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

''Mereka sedar tanpa BN transformasi tak berlaku dan menuju kepada masa depan tak menentu dan kelam. Sebab itu saya yakin pilihan rakyat ialah BN, mereka faham pentingnya kerajaan pusat dan negeri.

''Selepas lima tahun terlalu banyak angkara yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dengan pakatan pembangkang di Selangor," katanya ketika berucap dalam majlis sarapan pagi bersama rakyat di bilik gerakan dewan undangan negeri Dengkil di sini hari ini.

Hadir sama calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir, Mohd. Zin Mohamed serta tiga calon BN DUN Tanjung Sepat, Nisman Yusof , calon BN DUN Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif dan calon BN DUN Sungai Pelek, Ng Chok Sin.

Perdana Menteri juga menyentuh tentang tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lari tengah malam meninggalkan pengundinya di Ijok untuk bertanding di Pelabuhan Kelang.

''Ini menunjukkan mereka sudah hilang keyakinan diri untuk pertahankan kerusi mereka di Selangor, saya harap jangan sia-siakan kerja lima tahun ini pastikan kita bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli-ahli parti supaya menolak ke tepi sebarang perasaan tidak puas hati kerana jika BN menang, kemenangan itu boleh ditumpang bersama-sama.

''Tak semestinya jadi wakil rakyat, ada banyak cara lain untuk bantu dan tolong orang, kita kena bersikap adil dan saksama ini ikrar janji BN dan kita akan tunaikan, lakukan yang terbaik untuk negara dan Selangor," katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam perkiraannya Sepang adalah penyumbang kepada kemenangan di Selangor dan menyeru rakyat memastikan BN menang 4-0 iaitu kerusi Parlimen Sepang dan DUN Sungai Pelek, Tanjung Sepat serta Dengkil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.