saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 07/05/2013

Hanya 11 calon Cina BN menang kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR 6 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) berketurunan Cina yang mewakili MCA, Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) menjadi mangsa politik pembangkang terutamanya DAP apabila mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihan raya negara ini.

MCA sekadar menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi di Semenanjung manakala Gerakan hanya menang satu daripada 11 kerusi yang ditandinginya iaitu di Simpang Renggam, Johor.

Keputusan yang dicatatkan oleh MCA dan Gerakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah jauh lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 yang menyaksikan masing-masing menang 15 dan dua kerusi.

Di Sarawak pula, SUPP yang merupakan parti utama mewakili kaum Cina hanya menang di kerusi Parlimen Serian melalui Datuk Richard Riot Jaem di kawasan majoriti bumiputera.

Buat pertama kalinya, pembangkang kelihatan memperluaskan pengaruh dari Kuching dan Sibu ke utara Sarawak apabila berjaya menawan kerusi Parlimen Miri dengan majoriti 1,992 undi.

Datuk Seri Tiong King Sing daripada Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) bagaimanapun menyekat kemaraan pembangkang di kerusi Parlimen Bintulu apabila menewaskan calon DAP dengan majoriti 7,433 undi.

Keadaan di Sabah juga tidak memberangsangkan apabila Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api kalah dengan majoriti 795 undi manakala Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong kalah di kerusi Parlimen Sandakan dengan majoriti 1,088 undi.

Kekalahan ramai pemimpin Cina dari Sabah dan Sarawak menjadikan hanya terdapat dua Ahli Parlimen keturunan Cina dalam BN negeri iaitu Linda Tsen (Batu Sapi) dan Mary Yap (Tawau). Kedua-dua calon wanita itu merupakan wakil PBS.

Di Semenanjung, MCA sekadar bertahan di Alor Gajah (Melaka), Bentong (Pahang), Tanjung Malim (Perak) serta Tanjung Piai, Labis, Ayer Hitam dan Tebrau di Johor.

Parti komponen kedua terbesar BN itu juga menang di Labis dan Bentong dengan majoriti sangat tipis iaitu kurang daripada 400 undi.

Paling mengejutkan, Menteri Kesihatan yang dikenali sebagai Mr. Good dalam kalangan pengundi Cina sekadar mempertahankan Bentong dengan majoriti 379 undi.

Antara calon bertaraf menteri dan timbalan menteri daripada MCA dan Gerakan yang ditumpaskan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut), Datuk Seri Chor Chee Heung (Alor Star), Datuk Lee Chee Leong (Kampar), Datuk Dr. Hou Kok Chung (Kluang), Datuk Donald Lim Siang Chai (Selayang) dan Datuk Tan Lian Hoe (Taiping).

Selain itu, MCA dan Gerakan juga gagal mencipta keajaiban di kawasan hitam apabila kalah teruk di Kota Melaka (Melaka), Rasah (Negeri Sembilan), Petaling Jaya Utara (Selangor), Bukit Bendera (Pulau Pinang), Ipoh Timur (Perak) selain Bandar Tun Razak, Segambut, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang dan di Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.