saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 11/02/2014

Ambil tindakan terhadap parti kempen awal di Kajang - Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Majlis Peguam Malaysia hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap parti politik yang sudah berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang sedangkan tempoh rasmi untuk berbuat demikian hanya bermula bulan depan.

Presidennya, Christopher Leong berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang pilihan raya yang memperuntukkan tempoh tertentu untuk berkempen.

"Saya berpendapat peraturan pilihan raya sudah menyatakan dengan jelas tempoh yang ditetapkan untuk berkempen, jadi semua pihak perlu mematuhi undang-undang berkenaan.

"...dan jika mana-mana pihak melanggarnya, maka SPR perlu berbuat sesuatu mengenainya...mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya, saya percaya SPR perlu menguatkuasakan undang-undang itu," katanya pada sidang akhbar di sini.

PRK Dewan Undangan negeri Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat Lee Chin Cheh pada 27 Januari ini.

Rabu lepas, SPR mengumumkan hari penamaan calon bagi PRK Kajang ialah pada 11 Mac, manakala tarikh pengundian pada 23 Mac.

Menurut peraturan pilihan raya, kempen hanya boleh diadakan secara rasmi selepas selesai proses penamaan calon dan berakhir 24 jam sebelum hari pengundian. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:17
Asar 4:43
Maghrib 7:26
Isyak 8:42



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.