saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 22/03/2014

PRK Kajang: Hanya satu aduan diterima kes Spoof SMS - Menteri

KAJANG 22 Mac - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hanya satu aduan diterima berhubung penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor orang lain atau 'Spoof SMS' sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau berkata, aduan tunggal itu diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 9 Mac, diikuti laporan polis oleh individu sama dua hari kemudian menunjukkan dakwaan kes seumpama itu berleluasa di PRK Kajang adalah tidak tepat.

"Kalau mengikut kenyataan atau sebaran di media sosial, kita dapati ramai di kalangan anggota parti mendakwa nombor telefon mereka telah digunakan oleh orang lain bagi menghantar mesej tertentu kepada golongan tertentu.

"Tetapi maklumat dari SKMM adalah sebaliknya... maknanya ia tidaklah benar dan banyak seperti yang dikata kerana hanya satu aduan diterima daripada pengguna sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Hotel Oriental Crystal di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penularan 'spoof SMS spam' yang didakwa bertebaran melibatkan nombor telefon kalangan ahli politik berpengaruh, dipercayai untuk mempengaruhi pengundi sempena PRK DUN Kajang.

Tanpa menyebut individu berkenaan, Ahmad Shabery berkata pihaknya kini bekerjasama dengan polis bagi menyelesaikan kes itu, namun akur kecanggihan teknologi menyebabkan siasatan mungkin mengambil masa.

Berhubung laporan media mengenai PRK itu, beliau berkata, laporan dibuat adalah seimbang dengan parti bertanding dilihat lebih cenderung menggunakan sepenuhnya kelebihan media sosial untuk menyebarkan maklumat berkenaan calon masing-masing.

Berkaitan insiden poster calon disimbah cat, Ahmad Shabery berkata, beliau kesal perkara itu masih berlaku, seolah-olah ada pihak cuba menghalang usaha parti politik mewujudkan suasana persaingan yang matang.

Katanya, beliau tetap berpuas hati walaupun kempen pilihan raya kecil berlangsung dalam suasana perlahan ekoran keprihatinan terhadap insiden kehilangan pesawat MH370, di samping berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sebanyak 39,278 pemilih berdaftar akan mengundi esok bagi menentukan bakal wakil rakyat antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.