saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 22/03/2014

PKR Kajang: Mei Fun nafi letak jawatan dera pembantu rumah 2010

KAJANG 22 Mac - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau mendera pembantu rumah sehingga terpaksa melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan pada tahun 2010.

Naib Presiden MCA itu berkata, sejak BN mengumumkan pencalonannya pada 21 Feb lalu, pelbagai tuduhan keji dilontarkan untuk menjejaskan imejnya.

"Tuduhan bahawa saya meletak semua jawatan kerana takut didakwa kerana mendera pembantu rumah adalah satu fitnah. Sebenarnya saya tidak pernah mengupah pembantu rumah. Pembohongan fiksyen ini telah melampaui batas sempadan dan langsung tidak masuk akal.

"Saya memahami bahawa lawan saya mahu menang dalam pilihan raya kecil ini tetapi pembohongan sebegini adalah perkadaran kegilaan yang epik," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan terdapat risalah yang diedarkan mendakwa Chew meletakkan semua jawatan pada tahun 2010 untuk mengelak beliau daripada didakwa.

Mei Fun mencipta kontroversi apabila mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan sebagai Ketua Wanita MCA serta merta akibat perselisihan dengan pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, pakatan rakyat juga mendakwa Mei Fun telah menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara, menindih imejnya di atas gambar seorang gadis seksi manakala Setiausaha DAP Nga Kor Ming juga melabelkannya sebagai pembantu rumah.

Selain itu, Exco Kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim juga menawarkan Mei Fun jawatan sebagai ahli majlis perbandaran dengan syarat beliau menarik diri daripada bertanding dalam tempoh 48 jam.

"Keazaman saya untuk memenangi pilihan raya kecil ini semakin kukuh apabila parti lawan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan saya," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas berinteraksi bersama pengundi India di sini, Mei Fun menegaskan tidak mengenali wanita yang didakwa sebagai amah beliau dalam poster yang diedarkan.

"Gambar amah dalam poster itu langsung tidak saya kenali, mereka (pihak tidak bertanggungjawab) dengan sesuka hati menggunakan gambar mana-mana perempuan dan dicetak di atas poster dan kemudiannya menuduh itu pembantu rumah saya.

"Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan saya akan mendapatkan nasihat daripada 'legal adviser' saya selepas ini untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang esok menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mei Fun dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.