saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 22/03/2014

PRK Kajang: PM harap pengundi beri kemenangan kepada calon BN

KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi menyemarakkan lagi usaha memperkukuh kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

Perdana Menteri menarik perhatian bahawa PRK itu dikaitkan dengan apa yang dipanggil 'Kajang Move', dirancang PRK bagi kepentingan politiknya.

"Kita juga kesal kerana kempen pilihan raya kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

"Ini termasuklah serangan ke atas (bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata, serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama, mencerminkan pembangkang tidak menghormati mereka yang berbakti kepada negara selama ini.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.

Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berdepan Presiden PKR, Datuk Seri Dr .Wan Azizah Wan Ismail pada PRK yang akan diadakan esok.

Najib juga berkata, kempen pilihan raya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal.

"Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:20
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.