saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 12/05/2014

Cheng Guan nafi proksi BN

PULAU PINANG 12 Mei - Calon Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan menafikan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau adalah proksi Barisan Nasional (BN).

Malah, beliau membidas kenyataan Guan Eng itu yang disifatkan sebagai tuduhan melulu dan dibuat tanpa bukti sahih kerana beliau bertanding atas tiket partinya sendiri dan sebagai Naib Presiden PCM.

Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, perlu mengakui beliau sendiri sebenarnya proksi kepada Pas kerana menyokong parti itu.

"Saya harap Guan Eng dapat dedahkan siapa sebenarnya proksi yang dimaksudkan itu kerana yang saya tahu beliaulah proksi kepada Pas.

"Saya bertanding dalam PRK kali ini atas kapasiti parti saya sendiri dan akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik kepada pengundi kawasan itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.