saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 06/06/2012

Malcon Isaf terus sumbang bakti di Afghanistan

WILAYAH Bamyan sangat asing kepada rakyat Malaysia. Malah, sekiranya ditanya di mana letaknya wilayah berkenaan, pasti hampir seluruh penduduk di negara ini tidak tahu mengenainya.

Bagaimanapun, bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya yang ditugaskan dalam Operasi Interim Sokongan dan Bantuan Nasional ke Afghanistan (Malcon Isaf), Bamyan bukanlah lokasi yang asing.

Bamyan adalah sebuah wilayah yang terletak di Afghanistan. Ia merupakan salah sebuah wilayah yang terjejas teruk akibat peperangan di negara itu sejak beberapa tahun dahulu.

Malcon Isaf telah berkhidmat di wilayah tersebut sejak 2010 lagi bertujuan membantu usaha pembangunan semula.

Setakat artikel ini ditulis, empat kontinjen Malcon Isaf telah melaksanakan misi di sana dan dijangka akan berterusan sehingga ke suatu tempoh yang masih belum ditentukan. Setiap kontinjen akan berada di wilayah tersebut untuk tempoh sembilan bulan dan sepanjang di sana, anggota-anggota telah diamanahkan dengan pelbagai jenis tugasan.

Bagaimanapun, tumpuan sudah tentu kepada tugas-tugas kemanusiaan kerana hasrat Malaysia serta ATM adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di wilayah tersebut.

Sepanjang dua tahun sejak Malcon Isaf ditugaskan membantu membangun Bamyan, pelbagai usaha telah berjaya direalisasikan antaranya seperti pembinaan panel solar untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan penduduk dan sistem kawalan kualiti air.

Kejayaan terbaru kontinjen tersebut ialah pembinaan bekas untuk penapis air yang boleh digunakan pada musim sejuk di Afghanistan.

Salah seorang anggota kontijen Malcon Isaf 3, Sarjan Zairul Samsudin ketika ditemui pada majlis pembubaran kontinjen berkenaan baru-baru ini, berkata, tahap kualiti air di wilayah Bamyan sememangnya tidak bersih kerana penduduk hanya bergantung kepada air sungai serta perigi.

Katanya, sebuah alat penapis air telah dicipta oleh anggota-anggota kontinjen Malcon Isaf 2 untuk membantu menapis serta membekalkan sumber air bersih kepada penduduk tetapi malangnya alat berkenaan tidak boleh digunakan pada musim sejuk.

Justeru itu, Zairul serta seorang lagi anggota Malcon Isaf 3, Kapten Ahmad Farhan Ahmad Fuad membuat sedikit inovasi kepada alat berkenaan bagi membolehkan bekalan air bersih diproses serta disimpan daripada menjadi beku pada musim sejuk.

"Inovasi kepada alat penapis itu membolehkan 1,000 gelen air bersih disimpan untuk kegunaan ketika musim sejuk walaupun suhu mencecah -30 darjah celsius. Ia merupakan satu kejayaan kepada kami.

"Kosnya juga amat rendah kerana kami menggunakan sumber tempatan iaitu fiber, kayu serta papan. Setakat ini kami telah mencipta tiga alat penapis tersebut dan menyerahkan tugas menambah bilangannya kepada Malcon Isaf 4 yang mengambil alih tugas di Bamyan ketika ini," katanya.

Menurut Zairul, usaha Malcon Isaf 3 itu turut mendapat pujian kontinjen-kontinjen lain daripada pelbagai negara termasuklah Amerika Syarikat (AS).

"Mereka kagum bagaimana kami mampu mencipta sejenis alat yang mampu membekalkan air besih kepada penduduk Bamyan tanpa mengira musim. Ia merupakan kebanggaan kepada kontinjen kami," jelasnya.

Sementara itu, menurut Ketua Pasukan Kesihatan Malcon Isaf 3, Mejar Dr. Mohamed Zaki Mokhtar pula, selain kejayaan pembinaan alat penapis air pelbagai musim, mereka juga menerima pujian di atas usaha membantu Kementerian Kesihatan Afghanistan mempromosi kepentingan menjaga kesihatan di wilayah tersebut.

Katanya, antara pendekatan yang diambil untuk memberi kesedaran kepada penduduk di Bamyan kepentingan menjaga kesihatan adalah menerusi pengedaran poster serta menganjurkan program bual bicara dengan kerjasama daripada sebuah radio tempatan.

"Ia merupakan inisiatif kami untuk menyedarkan penduduk di sana kerana sebelum ini mereka tidak mengambil berat tentang penjagaan kesihatan. semasa kami tiba di sini pun, banyak wabak penyakit melanda penduduk khususnya e-coli.

"Selain itu, kami turut mengadakan latihan bantuan kesihatan kepada beberapa penduduk di sana sebagai persediaan untuk mereka berdikari pada masa hadapan. Segala usaha ini mendapat pujian daripada banyak pihak khususnya Kementerian Kesihatan Afghanistan," ujarnya.

Dalam pada itu, antara kejayaan yang dibanggakan oleh kontijen Malcon Isaf 3 adalah penciptaan kerusi rawatan pergigian bagi memudahkan proses pemeriksaan gigi dilakukan.

Pegawai Pergigian, Kapten Dr. Naili Hayati Abd. Mukti berkata, kekurangan kelengkapan kesihatan khususnya pergigian sedikit sebanyak membantutkan usaha pasukan rawatan kesihatan Malcon Isaf menjalankan tugas.

Justeru itu, atas inovasi beberapa anggota pasukan rawatan pergigian kontinjen berkenaan, sebuah kerusi rawatan pergigian berjaya dicipta menggunakan kerusi biasa.

"Ini bagi memudahkan proses pemeriksaan serta rawatan gigi dilakukan kerana kerusi yang digunakan untuk rawatan pergigian unik. Setakat ini kami telah membina tiga kerusi tersebut dan berharap sekiranya suatu hari nanti Malcon Isaf sudah tidak lagi berkhidmat di Bamyan, penduduknya mampu mencipta sendiri kerusi berkenaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.