saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 11/07/2012

Kerja amal putera MTD

Kolonel Amirudin Sulaiman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penghuni Darul Bakti di Kota Belud, baru-baru ini.

TENGAH hari itu, beberapa kakitangan Darul Bakti, iaitu sebuah asrama dan pondok pendidikan anak yatim di Kota Belud agak resah menanti kedatangan pengunjung dari jauh.

Tidak lama kemudian, 38 remaja dengan baju T putih segak berjalan masuk ke Darul Bakti dan di bawah pohon rendang, mereka disambut mesra salah seorang pemegang amanah Darul Bakti, Datuk Azmi Hamid Bidin.

Para remaja tersebut yang diiringi oleh dua guru dan 18 staf adalah rombongan dari Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan diketuai oleh komandannya, Kolonel Amirudin Sulaiman.

Mewakili warga Darul Bakti, pengerusinya Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak meluahkan rasa gembira atas kunjungan putera MTD Sungai Besi dan mengharapkan ada antara penghuni Darul Bakti yang dapat menjejakkan kaki ke sekolah berprestij itu.

"Kunjungan para putera MTD membuatkan kami semua berasa bertuah di samping kedatangan kalian bakal menyalakan motivasi kepada penghuni asrama ini agar terus belajar bersungguh-sungguh," katanya dalam ucapan aluan ketika majlis ringkas sambutan kunjungan berkenaan.

Antara falsafah Darul Bakti ialah mencapai impian untuk melahirkan anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat serta membentuk satu bangsa bersaudara ke arah jalan yang diredai Allah.

Sementara itu, Amirudin dalam ucapannya berkata, tujuan utama lawatan amal putera MTD adalah untuk mendedahkan mereka tentang kehidupan sebenar di kawasan yang asing bagi mereka.

Katanya, program itu dikenali sebagai program Jiwa Murni yang menjalankan program-program kemasyarakatan, iaitu sebahagian daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pertahanan.

"Maktab ini telah melahirkan ramai pelajar berkualiti, malah mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Datuk Azmi sendiri merupakan bekas pelajar MTD pada 1966," katanya.

MTD adalah sebuah sekolah berasrama penuh ala tentera yang pada awalnya didirikan di Port Dickson sebelum berpindah ke Kem Sungai Besi.

Penubuhan maktab itu diilhamkan oleh Tun Gerald Templer yang pada awalnya dikenali sebagai Federation Military College.

Amirudin menambah, MTD mengalu-alukan para pelajar dari Sabah dan Sarawak untuk memohon melanjutkan pelajaran di MTD dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan PMR.

Antara kelayakan untuk memasuki MTD ialah 4A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Antara pengisian lawatan amal tersebut ialah jamuan makan tengah hari untuk Putera MTD, pengagihan sumbangan dari MTD untuk penghuni Darul Bakti, majlis gotong royong membersihkan kawasan Darul Bakti seterusnya menanam pokok di halaman Darul Bakti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.