saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 24/07/2012

PDRM kayuh di Olimpik

PAsUKAN Basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Penolong Jurulatih, Mohd. Fahmi Tajuddin (tiga dari kiri).

DI SEBALIK kehebatan pasukan polis yang sentiasa bersiap-sedia menjaga keamanan negara, mungkin ramai yang tidak mengetahui pasukan itu juga mempunyai sebuah 'skuad' yang digeruni dalam sukan lumba basikal.

'Skuad' yang dimaksudkan adalah Pasukan Lumba Basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melahirkan ramai pelumba basikal negara sejak kira-kira 30 tahun lalu termasuk bekas Ketua Balai Polis Kuala Kedah, Sub Inspektor Omar Saad yang kini merupakan jurulatih kebangsaan.

Melalui kelab itu, nama-nama seperti Lans Koperal Amir Mustafa Rusli, Lans Koperal Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi, Konstabel Nik Mohd. Azwan Zulkifli dan Konstabel Mohd. Faris Abdul Razak lahir dan menggilap nama sebagai pelumba kebangsaan.

Malah ramai lagi bekas pelumba kebangsaan yang dilahirkan serta masih bersama pasukan itu ketika ini.

Melalui latihan setiap hari, mereka bukan lagi anggota polis 'biasa', tetapi pelumba handalan yang sering muncul dalam temasya sukan-sukan besar seperti Sukan SEA, Sukan Malaysia (Sukma), Le Tour de Langkawi (LTdL) dan pelbagai lagi.

Apa yang membanggakan, Amir Mustafa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya telah terpilih mewakili negara ke Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula Jumaat ini.

Selain itu, sejak Januari lalu, satu persatu kejayaan telah dicapai oleh pelumba kelab itu seperti pingat pada Jelajah Malaysia, KL Night Challenge, Grand Prix Sirkit 1 Kedah dan Grand Prix Sirkit 2 Terengganu.

Ketua Jurulatihnya, Koperal Manjit Singh berkata, di sebalik nama yang semakin digeruni, kelab yang dianggotai 12 pelumba itu amat bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi PDRM dan ketua-ketua jabatan pelumba masing-masing.

Menurut Manjit, pelumba-pelumba pasukan tersebut datang daripada pelbagai cawangan di balai polis seluruh negara yang memerlukan perlepasan tugasan daripada ketua masing-masing.

"Pemimpin-pemimpin tertinggi PDRM banyak membantu dalam kejayaan kami. Misalnya, kami telah disediakan dengan sebuah kereta pengiring khusus bagi kegunaan ketika menjalani latihan di jalan raya.

"Begitu juga dengan kebajikan-kebajikan lain serta yang paling penting ialah perlepasan tugasan yang diberikan oleh ketua jabatan masing-masing," katanya ketika ditemui Gaya Polis baru-baru ini.

Selain itu, Manjit yang sudah enam tahun menjadi jurulatih memberitahu, mereka juga mempunyai pengurus pasukan yang berdedikasi dan amat memahami isu dalam sukan lumba basikal.

Katanya, pengurus yang dimaksudkan ialah Inspektor Lee Robert yang memegang jawatan sebagai pengelola kelab tersebut.

Menurut Manjit yang turut bergiat dalam acara veteran, Robert yang bertugas di Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di IPD Gombak merupakan bekas pelumba kebangsaan dan pernah memenangi pingat di Sukan SEA.

"Sewaktu zaman kegemilangannya, Robert merupakan pelumba yang berbakat dan seorang yang rajin di dalam latihan. Hasilnya, beliau berjaya memenangi pingat perak Sukan SEA bagi acara trek empat kilometer perseorangan.

"Kejayaan beliau itu berjaya memadamkan rekod kebangsaan yang dipertahankan selama 11 tahun oleh pelumba legenda negara, M. Kumaresan," ujarnya yang begitu kagum dengan kehebatan ketuanya itu.

Mengulas mengenai latihan pasukan, menurut Manjit yang dibantu oleh penolong jurulatih, Mohd. Fahmi Tajuddin yang juga bekas pelumba negara, akan berkayuh di jalan raya setiap pagi mengikut jarak yang ditentukan dan melakukan senaman fizikal pada sebelah petang.

"Kami akan mula berkayuh sejauh 80 kilometer pada hari pertama dan meningkat jarak kepada 120 kilometer pada hari kedua dan 140 atau 150 kilometer pada hari berikutnya.

"Pada Sabtu pula, kami akan berkayuh pada jarak 200 kilometer seperti dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser, Pahang atau Ipoh, Perak," ujarnya.

Ditanya mengenai harga basikal setiap pelumba kelab itu, Manjit memberitahu, setiap satu basikal bernilai antara RM10,000 ke RM20,000.

"Ketika ini kami selesa dengan segala peralatan dan kemudahan yang disediakan, ada yang ditaja dan juga yang menggunakan duit poket sendiri. Tetapi yang penting kami akan terus berlatih dengan lebih gigih demi pasukan Lumba Basikal PDRM ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.