saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 20/11/2012

Malbatt 5

Zulkifeli Mohd. Zin memberikan kata-kata semangat kepada anggota Malbatt 5 yang berlepas ke Lubnan baru-baru ini.

ATUR GERAK Batalion Malaysia Kelima (Malbatt 5) bagi misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) merupakan pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berterusan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme Angakatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pencapaian tersebut jelas membuktikan bahawa ATM mampu memainkan peranan setanding dengan angkatan tentera lain dalam misi itu.

"Penglibatan ATM di peringkat antarabangsa adalah penting bagi membuktikan Malaysia komited dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan demi memastikan aspirasi keamanan sejagat dapat direalisasikan.

"Sebagai sebuah negara di bawah panji-panji PB yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan, Malaysia sentiasa menyokong segala usaha ke arah perdamaian dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam bentuk yang termampu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 5 di Pangkalan Udara Subang baru-baru ini.

Pemergian Malbatt 5 bagi menggantikan Malbatt 4 yang akan menamatkan misi setelah bertugas selama 12 bulan di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Misi UNIFIL ini telah bermula sejak 2007 apabila kerajaan meluluskan penglibatan ATM bagi membantu pasukan pengaman dari lain-lain negara anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

Anggota Malbatt 5 bersedia untuk belepas bagi melaksanakan misi di Lubnan baru-baru ini.

Tambah Zulkifeli, penglibatan ATM di Lebanon juga sejak 2007 telah diterima baik oleh masyarakat di sana.

"Ini telah dibuktikan melalui laporan-laporan oleh Military Civil Outreachs Unit (MCOU) dari UNIFIL yang sentiasa membuat penilaian ke atas kontinjen yang terlibat dalam misi ini.

"Malaysia adalah salah satu kontinjen yang dikategorikan sebagai diterima dan cemerlang oleh penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman," jelasnya.

Menurut Zulkifeli, Malbatt 5 telah menjalani latihan khusus selama tiga bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama.

"Latihan ini telah berjaya membina keyakinan diri setiap anggota Malbatt 5 dalam menghadapi situasi serta cabaran yang bakal dilalui semasa bertugas di bumi Lebanon kelak.

"Latihan integrasi yang dibuat juga penting memandangkan operasi PBB adalah di negara yang berbeza dari segi keadaaan persekitaran, iklim dan budaya," ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, penyertaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam misi ini meningkatkan hubungan sedia ada yang terjalan antara kedua-dua negara.

"Kesinambungan penyertaan ini adalah manifestasi keakraban dan keutuhan permuafakatan di antara kedua-dua angkatan tentera.

"Perkara ini juga membuktikan bahawa warga dari kedua-dua pihak dapat berganding bahu dengan baik sekali bukan sahja menerusi siri aktiviti dua hala dalam negeri bahkan dalam misi antarabangsa," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.