saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 06/08/2014

Memperingati perajurit negara

Barisan Kawalan Kehormatan Utama segak berdiri pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2014 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, baru-baru ini.

SETIAP kali tanggal 31 Julai, warga pasukan keselamatan pasti akan menyambut Hari Pahlawan. Pada hari tersebut, pesara, pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berhimpun bagi memperingati jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan menjamin kedaulatan negara.

Sambutan Hari Pahlawan merupakan platform bagi mensyukuri keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan pembangunan berjalan tanpa sebarang ancaman daripada anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang ingin menghuru-harakan kemakmurannya.

Negara merakamkan sejarah keramat setiap kali 31 Julai yang menjadi tradisi bagi menyambut Hari Pahlawan selaras dengan tamatnya darurat menentang pengganas komunis pada Julai tahun 1960 lalu.

Upacara menghormati pengorbanan dan jasa kepahlawanan negara ini telah menjadi azimat kekuatan kepada bangsa untuk bangkit sejak tahun 1963 lagi. Sambutan itu bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Simboliknya pahlawan adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah dan perwira yang ditakuti. Oleh itu, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari memperingati pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

Pahlawan negara seharusnya menjadi sejarah yang sentiasa dikenang kerana telah mencipta ketamadunan negara sekali gus menjadi bangsa tuan kepada bumi bertuah ini. Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merdeka mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin ketika ditemui MegaWira menceritakan, semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga Poppy.

“Konvensyen Geneva pada tahun 1945 secara ringkas menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata atau tidak berupaya untuk berperang.

“Mengambil semangat daripada pengiktirafan ini, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua yang dikenang di seluruh dunia menjadikan tarikh itu telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperingati jasa perajurit angkatan tentera dan polis yang terlibat secara langsung dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak berkepentingan dan berlarutan selama bertahun-tahun selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Azizan, menjadi tradisi setiap tahun tarikh 31 Julai merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri bagi mengenang jasa pahlawan negara.

“Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai, namun pada tahun ini, tarikh tersebut adalah bersamaan dengan tarikh menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi pihak kerajaan telah memberikan tarikh 17 Julai untuk sambutan di peringkat pusat dengan mengadakan majlis berbuka puasa, bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

“Acara kemuncak iaitu Istiadat Perbarisan Hari pahlawan pula akan diadakan pada 18 Julai di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini dan diakhiri dengan khutbah khas solat Jumaat di Masjid Negara," kata beliau.

Menurut Azizan, antara kelainan sambutan pada tahun ini adalah daripada aspek persembahan pentomen yang membabitkan anggota ATM daripada Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja yang akan mengisarkan pahit maung pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara demi menjaga kedaulatan negara.

“Persembahan kali ini mempunyai kelainan berbanding persembahan dalam sambutan terdahulu kerana menampilkan persembahan lakonan semula peristiwa pencerobohan di Lahad Datu yang telah menggemparkan negara serta dunia.

“Jadi, orang ramai tidak harus melepaskan peluang ini bagi menyaksikan realiti kehidupan anggota keselamatan negara menerusi lakonan dalam menjaga dan mempertahankan negara daripada diceroboh oleh musuh," ujarnya.

Katanya, kekuatan anggota dalam istiadat perbarisan tersebut adalah sebanyak 35 orang pegawai dan 883 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanis, Lt. Kol. Razali Kosnan.

“Keanggotaan ini meliputi enam kontinjen iaitu, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), PDRM, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

“ATM sekali lagi diberi penghormatan dalam menganjurkan istiadat berkenaan yang berkonsepkan perbarisan statik tanpa senjata," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.