saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 19/08/2014

Ibarat mati hidup semula

Ketika sedang bertugas di ipk kl sekitar 1990an.

BERPANTANG maut sebelum ajal. Mungkin itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan Sarjan Nor Azman Mohd. Zain yang pernah ditembak dua kali sepanjang bertugas selama 33 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nor Azman yang memulakan karier sebagai anggota keselamatan setelah menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1981 ditembak dalam dua kejadian berasingan ketika `bertempur’ dengan penjenayah pada 1990-an.

Kali pertama ditembak iaitu pada 1993, ketika Nor Azman yang bertugas di dalam Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang mengejar penjenayah di Balakong, Selangor dengan menunggang motosikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Nor Azman bernasib baik kerana tembakan yang tepat ke dadanya hanya mengenai baju kalis peluru sahaja.

“Walau bagaimanapun, saya tetap mengalami kecederaan dan terpaksa dipapah pulang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di IPK Perak baru-baru ini.

Setahun selepas itu, Nor Azman dipindahkan ke Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan sekali lagi ditembak dalam satu operasi di Taman Cuepacs, Kajang tetapi kali ini kecederaan yang dialaminya parah.

“Ketika itu saya sedang dalam operasi bagi memburu saki-baki kumpulan samun Sabah Finance. Dalam operasi itu, kami berbalas tembakan dengan suspek sehingga saya terkena satu das tembakan.

“Walaupun memakai baju kalis peluru, tetapi tembakan yang dilepaskan suspek mengenai bahagian rusuk kiri saya yang tidak dilindungi. Saya bernasib baik kerana tembakan itu tidak mengenai jantung, tetapi sangat hampir.

“Selepas ditembak, saya tidak terus rebah, sebaliknya menguatkan semangat dan terus berbalas tembakan dengan suspek. Apabila ada anggota sedar saya ditembak, saya telah ditarik keluar dan dikejarkan ke hospital," ujarnya.

Menurut Nor Azman, ketika dalam perjalanan ke hospital, dia mula tidak sedarkan diri.

“Apabila sedar, saya sudah berada di Hospital Kuala Lumpur. Saya tidak pasti berapa lama tidak sedarkan diri dan tidak mahu bertanya dengan orang lain kerana detik itu merupakan sejarah hitam dalam hidup saya," jelasnya.

Berikutan keberaniannya mempertaruhkan nyawa ketika melaksanakan tugas mempertahankan negara, Nor Azman telah dikurniakan Pingat Keberanian Polis oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar pada 1996.

“Ketika penyampaian pingat itu, saya sempat berbual dengan Almarhum Seri Paduka Baginda. Seri Paduka Baginda tanya saya dari mana, saya jawab Negeri Sembilan, `sekampung’ dengan tuanku.

“Seri Paduka Baginda juga sempat berseloroh dengan saya apabila mengatakan saya panjang umur," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.