saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 20/08/2014

Pulatibang 1 sematang usia

Ahmad Khuzairey Md. Nasir (kanan) dan Ahmad Syauqi Rosly bergambar sebelum melakukan penerbangan.

SETIAP kali anda berpeluang menyaksikan aksi aerobatik mahu pun taktikal 'mengecutkan perut' menggunakan aset-aset canggih dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), maka yakinlah bahawa sememangnya individu menerbangkan pesawat berkelajuan tinggi itu adalah anak Malaysia yang mampu menyaingi kemampuan juruterbang-juruterbang dari negara asing.

Selain itu, anda juga perlu tahu betapa juruterbang-juruterbang itu kebanyakannya dilatih sendiri oleh anak tempatan yang sayangnya sehingga hari ini, masih dipandang rendah seolah-olah masih belum mampu untuk mencapai standard 'mat saleh' bagi membuat aksi berbahaya sebegitu.

Sebetulnya, kebanyakan mereka itu hampir kesemuanya pernah menjalani latihan di Kolej Tentera Udara (KTU) atau Pusat Latihan Terbang 1 (Pulatibang 1) di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah yang menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini.

Dalam usia sematang itu, tentunya pelbagai kenangan pahit manis tersimpan di dada warganya yang diyakini sentiasa berbangga untuk mengakui pernah menjadi sebahagian besar daripada keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, bagi mengimbau segala kenangan itu, kesemua mereka yang pernah menjadi pelatih, jurulatih, petugas teknikal atau sesiapa saja di situ dijemput untuk turut serta menyertai Sambutan Jubli Emas pusat latihan itu pada 23 Ogos depan.

Menurut Pegawai Memerintahnya, Kolonel Yee Yit Hong, sambutan itu dijangka akan menjadi penyatuan semula besar-besaran untuk semua yang pernah menimba serta mencurahkan ilmu di situ sejak pusat latihan tersebut dibuka pada 1 Julai 1964.

“Kami menjangkakan lebih 600 tetamu akan hadir termasuk para pegawai memerintah yang pernah memimpin di sini. Lebih istimewa, Pegawai Memerintah pertama, Squadron Leader JF Woodard serta Marsyal Muda Udara (B) Tan Sri Sulaiman Sujak yang merupakan anak tempatan pertama mengambil alih kepimpinan di sini dari Woodard sudah mengesahkan kehadiran.

“Selain itu, rakan-rakan dari negara luar seperti Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dijangka turut serta. Kami mahu menjadikan hari itu sebagai sesuatu yang bersejarah serta mengimbau kenangan semua yang pernah berkhidmat di sini," katanya kepada MegaWira baru-baru ini.

Antara atur cara yang ditetapkan pada hari berkenaan adalah tayangan video serta gambar-gambar lama, lawatan ke sekitar KTU, pertandingan golf melibatkan orang kenamaan serta majlis makan malam di salah sebuah hotel di Alor Setar.

Dalam majlis yang dirasmikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud itu nanti, sebuah buku sambutan jubli emas yang memaparkan sejarah serta pelbagai kisah mengenai pusat latihan tersebut turut akan dilancarkan.

“Untuk maklumat lanjut, sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis sambutan ini boleh berhubung terus dengan Leftenan Kolonel Khairol Muzambi Salehin di talian 019-7572452 atau menghubungi pejabat KTU di talian 04-7144001.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran semua yang pernah menabur bakti di sini. Sambutan ini diharap akan menjadi sesuatu yang diingati untuk semua," katanya.

Dalam pada itu, Khairol Muzambi yang juga Pegawai Eksekutif di pusat latihan tersebut memberitahu, sambutan itu akan membawa erti yang besar terhadap seluruh warganya memandangkan hampir kesemua juruterbang yang berkhidmat di ketiga-tiga cabang ATM sejak sekian lama mendapat pendidikan awal mengenai dunia penerbangan di situ.

“Ramai ‘legenda’ dunia penerbangan dalam ATM dilahirkan di sini. Apabila anda berada di sini, itu merupakan satu kebanggaan kerana bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi antara yang terpilih dari ribuan pemohon saban tahun.

“Setelah masuk ke sini pula, jangan sangka anda sudah pasti lulus. Hampir setiap tahun, akan ada pelatih yang diberhentikan kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan serta memohon untuk berhenti kerana tidak cukup kuat untuk berdepan segala bentuk cabaran di sini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.