saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 27/08/2014

Syawal berjauhan

SEBAHAGIAN daripada perajurit muda lengkap berpakaian baju Melayu sambil mengacau dodol sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson, baru-baru ini.

SAAT takbir raya bergema pada pagi 1 Syawal semestinya kita sudah berpakaian serba baharu dan berada di samping keluarga tercinta.

Ketika itulah, terasa riuh dan suasana Syawal tergambar disamping terhidangnya pelbagai menu seperti lemang, ketupat, dodol, rendang, kuih-muih beserta pelbagai juadah lagi yang memikat selera.

Namun sedarkah kita, semasa itu turut terdapat anggota keselamatan negara tidak dapat merasainya seperti yang kita lalui.

Mereka semestinya hanya meraikan saat berharga tersebut sesama rakan taulan dan hanya dapat berhubung melalui saluran telefon berbual bersama kelurga tercinta.

Demi tugas, amanah, tanggungjawab, iltizam dan jiwa yang kental untuk berkhidmat dan sebagai tulang belakang negara mereka sanggup melepaskan kepuasan bagi memegang dan menyahut peranan yang digalaskan pada peranan badan berunifom ini.

Salah satu badan tersebut adalah tentera mana ianya turut melibatkan sebanyak 1,522 perajurit muda siri 174/14 lelaki dan 36/14 wanita yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Jurulatih Pusasda, Leftenan Kolonel Osman Ahmad berkata, latihan ini turut melibatkan seramai 200 pegawai dan kakitangan yang tidak pulang bercuti hari raya pada tahun ini.

“Sebab utama adalah kerana cuti yang singkat serta ramai warga Pusasda yang kampung halamannya agak jauh membuatkan kita memutuskan untuk tidak pulang berhari raya.

“Walaubagaimanapun, pada hari raya pertama dan kedua kita turut akan meraikannya namun lebih kepada sesama warga Pusasda ini sahaja," ujarnya kepada MegaWira baru-baru ini.

Menurut Osman, terdapat beberapa pengisian acara semasa menyambut hari raya di Pusasda.

“Pada raya pertama, semua perajurit muda dan anggota akan bersama menunaikan solat sunat raya dan sambutan pada pagi Syawal tersebut.

“Pada sebelah petangnya serta raya kedua tersebut ahli keluarga mereka dibenarkan melawat anak mereka ini yang mana sebanyak 200 daripadanya terdiri daripada wanita.

“Perajurit muda ini juga bukan sahaja dapat menimba pengalaman malah mampu memberi gambaran terhadap mereka dalam bidang badan beruniform ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.