saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 09/09/2014

Tugas berat kendali kemelut politik Perak

Azisman Alias

Menggalas jawatan di dalam sesebuah agensi penguat kuasa beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah satu tanggungjawab yang dapat dipikul oleh semua orang. Apatah lagi memikul kepercayaan masyarakat sebagai pelaksana undang-undang bagi mengekalkan keharmonian sejagat.

Namun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Ko­misioner Azisman Alias, 53, peluang berkhidmat dalam bidang kepolisan yang amat mencabar telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman pahit manis.

Menurut Azisman yang mula bertugas sejak tiga dekad lalu, pengalaman berdepan dengan pergolakan perubahan arus politik di Perak merupakan jangka masa paling getir sepanjang perkhidmatannya.

Semuanya berjalan lancar sepanjang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh pada tujuh tahun lalu. Namun, apabila pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh pada 2008 yang memihak kepada Pakatan Rakyat, keadaan mula kucar-kacir.

“Ketika itu, sudah dengar ada ura-ura mengatakan kerajaan baharu akan dibentuk di Perak, Sebaik sahaja keputusan dibacakan, keadaan mula menjadi kecoh apabila para penyokong pembangkang mula mengepung kawasan pejabat Menteri Besar Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Medan Istana.

“Pasukan polis mula dikerahkan bagi menjamin keselamatan orang awam di kawasan berhampiran. Namun ada sesetengah penyokong bertindak fanatik dengan menghamburkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan," katanya ketika mengimbau kembali kejadian pada penghujung 2008.

Atas kecekapan pimpinan Azisman yang sehingga kini hampir tiga dekad menganggotai polis, proses transformasi tersebut berjaya dilakukan tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah dan kekecohan.

Pengenalan konsep SWAT

Menjangkau 28 tahun perkhidmatannya dalam bidang polis, Azisman kini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Shah Alam. Dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkongsian bersama isteri tercinta, Nurlida Ahmad, beliau begitu dikenali dengan

lagaknya yang bersahaja dan

disenangi anggotanya.

Bagi Azisman, beliau mempunyai cara tersendiri dalam setiap jawatan yang pernah dipegangnya. Pengenalan konsep ‘Stop, Walk and Talk’ (SWAT) merupakan salah satu hasil ideanya yang mengambil prinsip merapatkan hubungan polis dan masyarakat setempat.

Bertugas di setiap daerah mempunyai cabaran tersendiri. Setiap kawasan mempunyai jenis-jenis jenayah tertentu seperti ragut, rompak, pecah rumah dan sebagainya.

Menurutnya, hasil perbincangan teliti bersama pasukan yang dibentuk, pencegahan jenayah yang kerap berlaku dapat dikurangkan.

“Terdapat empat prinsip dalam SWAT iaitu, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Konsep ini adalah bagi mendekatkan masyarakat dengan polis.

“Apabila hubungan baik dapat dibentuk antara mereka, pelbagai maklumat seperti kekerapan kejadian jenayah di sesuatu kawasan dapat dikenalpasti dan diberi perhatian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.