saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 16/09/2014

Nor Sabrina baik pulih kapal

MEMERLUKANNYA berbasikal antara sepuluh hingga 15 minit setiap pagi dari tempat letak kereta menuju ke tempat kerja atau lebih tepat ke tapak pembinaan, merupakan satu pengalaman baru buat Nor Sabrina Nordin. Tidak pernah sedetik pun terlintas di fikirannya bahawa satu hari nanti dia akan bekerja di atas sebuah kapal.

Nor Sabrina atau lebih mesra disapa Sab juga tidak menduga bahawa dia bakal mengendalikan projek membaik pulih untuk keseluruhan kapal yang berukuran 90 hingga 100 meter.

Dia juga tidak dapat ‘melaram’ seperti wanita-wanita lain yang sering mengenakan pakaian cantik-cantik dengan kasut bertumit tinggi ke tempat kerjanya kerana pakaian formalnya ketika bekerja ialah ‘overall’. Ini berikutan tuntutan kerja yang mengkehendakinya bergerak 24 jam.

Begitupun, Sab gembira dengan kerjayanya hari ini kerana tidak ramai kaum Hawa yang mampu menyahut cabaran untuk bekerja sepertinya yang saban hari berpanas dan sentiasa menuntut dia bergerak pantas.

Ketika ditemui baru-baru ini, anak kelahiran Kuala Lumpur ini begitu bersemangat bercerita mengenai kerjayanya di dalam industri maritim iaitu satu industri yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan industri-industri lain.

Katanya, selain kerja yang banyak tertumpu kepada tapak projek, industri maritim juga memerlukan seseorang itu ‘menyumbang’ tenaga yang banyak dan secara tidak langsung memerlukan kekuatan fizikal yang cukup baik.

“Bidang tugas saya amat mencabar kerana tidak ramai wanita yang bekerja di atas kapal dan kini hanya ada dua orang termasuk saya.

“Lagipun saya tak rasa wanita-wanita di luar sana hendak bekerja seperti saya kerana ia sememangnya betul-betul memerlukan kekuatan dari segi fizikal mahupun mental.

“Bagaimanapun saya gembira dengan apa yang saya lakukan hari ini malah berbangga dapat bekerja di atas kapal kerana tidak semua berpeluang seperti apa yang saya lakukan hari ini," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya itu, ulas Sab, memandangkan kerjayanya dipelopori oleh kaum Adam, dia juga perlu bergerak aktif setanding dengan lelaki untuk mengelakkan dirinya daripada ketinggalan.

Menjawat jawatan sebagai jurutera projek, Sab memberitahu kerjanya lebih memberi tumpuan kepada membaik pulih kerosakan yang berlaku kepada sesebuah kapal itu tetapi segala kerja-kerja tersebut bukanlah dilakukannya kerana dia hanya ditugaskan untuk memantau dan mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang diupah.

Pengawasan yang dibuat adalah untuk memastikan segala kerja yang dilakukan siap pada masa yang telah ditetapkan dan ini bermakna ruang lingkup tugasan Sab adalah sepenuhnya di atas kapal.

Walaupun begitu, dia menyatakan ada kalanya dia juga harus berada di pejabat dan apa yang boleh Nor Sabrina huraikan pembahagian kerjanya adalah 50 peratus di atas kapal dan 50 peratus lagi adalah di dalam pejabat.

Pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ini telah memulakan kerjayanya pada 1 Ogos 2012.

Ditempatkan di Pelabuhan Lumut, Perak, anak sulung daripada tiga beradik ini sememangnya meminati bidang kejuruteraan dan bukannya disebabkan ia satu bidang yang gah, tetapi ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh bapanya yang juga merupakan seorang jurutera.

Terpilih ikuti

program YES

Beritahu lebih lanjut bagaimana dia berjaya mendapat pekerjaan tersebut, Sab berkata segala-galanya bermula apabila dia mengunjungi pameran kerjaya.

Daripada pameran itulah, Sab terus mengunjungi gerai syarikat perkapalan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan terus menjalani sesi temuduga.

Tuah nampaknya menyebelahi Sab kerana dia tersenarai dalam kelompok pertama seramai 19 orang untuk mengikuti kursus yang ditawarkan BHIC selama setahun.

Apa yang lebih membanggakan, Sab merupakan pelatih wanita pertama terpilih menyertai program Skim Jurutera Muda atau Young Engineers Scheme (YES) yang ditawarkan BHIC yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum lelaki sejak diperkenalkan syarikat terbabit pada tahun 2011.

Anak kepada pasangan suami isteri, Nordin Mohd. Noh, 51, dan Esah Abdul, 55, tidak pernah menyangka terpilih mengikuti program itu selepas menjalani beberapa peringkat ujian temuduga bersama-sama tiga calon wanita daripada 70 peserta yang ditemuduga di bawah program tersebut.

“Pada mulanya, saya hanya mahu mencuba nasib dan tidak merancang untuk menyertai program Yes namun Alhamdulillah, siapa sangka akhirnya saya jatuh cinta dengan kerjaya kejuruteraan di Boustead.

“Selama tujuh bulan saya mengikuti latihan di bawah program YES di BHIC setelah menjalani pelbagai ujian temuduga selama dua bulan dan selama tempoh latihan, saya terpaksa bekerja dalam bidang yang dikuasai sepenuhnya kaum lelaki," tuturnya lanjut.

Pernah terfikir untuk berhenti kerja sebaik sahaja habis tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Zara Safiyyah, tetapi itu semua hanyalah sekadar keinginan kerana sehingga hari ini Sabrina masih setia menyarung ‘overall’ dan mengayuh basikal.

Yang pasti, hari ini Sab tidak keseorangan kerana ia turut ditemani suami, Muhamad Zamzuri Zulkifli, yang turut bekerja bersama-sama dengannya.

Dengan kerjayanya hari ini, Sab yang pada awalnya tidak yakin mampu mengharunginya bagaimanapun menasihati golongan muda terutamanya kaum wanita hari ini agar tidak takut untuk menceburi industri maritim ini kerana selain mampu memberikan satu sisi berbeza daripada kerjaya yang sedia ada, ia turut memberikan satu suasana yang menarik untuk diterokai.- mariatul qatiah zakaria

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.