saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 16/09/2014

Tugas pegawai penjara mencabar

Ibrisam Abdul Rahman tengah) bersama pengurusan Maktab Penjara Kajang di hadapan bangunan pentadbiran di Kompleks Penjara Kajang Selangor.

BUMI mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Memang kalau boleh diatur perjalanan hidup ini, tidak ada manusia yang mahu bergelar banduan.

Namun akibat kegagalan mengawal diri, ada di antara kita yang terpaksa menerima hukuman dan menjalani kehidupan di sebalik jeriji besi.

Secara kasar, jeriji besi dilihat sebuah kamar kejam memisahkan banduan-banduan ini dengan dunia luar, tetapi hakikatnya, di sebalik tembok inilah terdapat satu ruang pemulihan bagi membentuk sahsiah diri melewati kesilapan yang pernah dilakukan.

Sel dikelilingi tembok batu bukan sahaja mampu menyalakan lilin keinsafan kebanyakan penghuni, sebaliknya menjadi ruang kepada permulaan kehidupan baharu mereka.

Lebih penting lagi, ia menyaksikan kehidupan para warden dan pegawai penjara yang turut ‘terkurung’ akibat kerjaya yang mereka sendiri pilih itu.

Seiring dengan peredaran masa, peranan setiap anggota penjara juga telah banyak berkembang.

Dalam erti kata sebenar, tugas pegawai penjara kian mencabar apabila institusi penjara kini berfungsi sebagai institusi pembangunan atau pembentukan semula modal insan.

Selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa, Jabatan Penjara telah membangunkan satu institusi latihan di Maktab Penjara untuk menampung keperluan latihan pegawai-pegawai kanannya.

Penubuhannya sentiasa memainkan peranan penting dalam menyuntik motivasi dan semangat kepada para pegawai penjara yang telah memilih kerjaya mencabar ini.

Sungguhpun, tidak banyak diperkatakan mengenainya, tidak banyak sorotan atau liputan media diberikan terhadap aktiviti jabatan ini namun aspek-aspek pengukuhan disiplin, semangat bekerjasama, berdaya tahan, pembentukan sikap dan etika yang positif terus tersemat kukuh dalam diri setiap pegawai dan pelatih di sini.

Pengarah Maktab Penjara, Timbalan Komisioner Penjara Ibrisam Abdul Rahman berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, penglibatan semua peringkat daripada pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat bawahan diperlukan.

Menurutnya, setiap pelatih yang berada di Maktab Penjara akan diberi pendidikan dan pendedahan awal mengenai ilmu kepenjaraan selain menitikberatkan budaya dan ciri-ciri anggota penjara yang berkualiti.

“Di Maktab Penjara, pelatih akan menjalani latihan selama enam bulan sebagai langkah dalam melengkapkan prasarana dan modul latihan yang bersesuaian dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan, berdaya saing dan mempunyai minda kelas pertama seiring dengan anjakan paradigma globalisasi dunia masa kini.

“Oleh demikian, dengan pendedahan latihan yang berterusan pegawai-pegawai kanan penjara dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Tambahan pula, penubuhan maktab itu mampu menjadikan satu tempat membekalkan ilmu-ilmu yang relevan mengenai kepenjaraan kepada pegawai kanan penjara bagi menghadapi cabaran persekitaran penjara yang semakin berkembang pesat," katanya ketika ditemui Mega Wira baru-baru ini.

Berkongsi cerita mengenai nisbah perbezaan yang terlalu tinggi di antara banduan dan pegawai penjara di negara ini, Ibtisam memberitahu, kebiasaannya setiap blok yang mempunyai 300 orang banduan, hanya tiga warden sahaja yang dapat ditugaskan untuk mengawal mereka.

“Menjaga banduan memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan kerana pendekatan terhadap setiap banduan itu adalah berbeza-beza.

“Itu merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi setiap pegawai penjara, pekerjaan mereka lebih terdedah dengan ancaman.

“Jadi, di Maktab Penjara akan dilatih bagaimana cara-cara untuk berhadapan dengan banduan, di samping diajar mempertahankan diri apabila berhadapan dengan risiko yang tinggi," tegasnya.

Tambah beliau lagi, penjara bukan hanya bertindak sebagai pelaksana hukuman tetapi aspek kemanusiaan dari segi pemulihan itu juga mesti diberi perhatian agar tidak berlaku jenayah berulang melibatkan banduan selepas habis tempoh hukuman.

“Tugas membimbing insan yang pernah tercalit noda akibat kealpaan ini tidak mudah untuk dijayakan kerana ianya banyak menguji kesabaran setiap anggota dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.

“Kita mahu mengubah persepsi masyarakat kerana peranan kita sebenarnya adalah melahirkan semula penghuni penjara menjadi insan yang berguna," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.