saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 17/09/2014

Demonstrasi Kuasa Tembakan 2014 gegar Gemas

Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri) bersama Kol. Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud melawat senjata yang dipamerkan pada Demonstrasi Kuasa Tembakan 2014.

BAGI mereka yang tidak biasa dengan dengan bunyi letupan bertalu-talu, pastinya anda menyangkakan bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku.

Manakan tidaknya, dentuman itu sememangnya mengejutkan ibarat halilintar yang memecah keheningan pagi di kawasan bersempadan dengan tempat pelancongan utama yang cukup sinonim dengan negeri Johor iaitu Gunung Ledang.

Bukan sekadar letupan malah ia turut diiringi dengan tembakan tanpa henti dilepaskan, tetapi soalnya bagi mereka yang tidak memasuki lapang sasar ini ada yang tertanya-tanya siapakah musuh yang berada di kawasan berkenaan?.

Bagaimanapun bagi mereka yang menetap di sekitar kawasan ini sejak dahulu, situasi itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dikhuatiri malah boleh dikatakan berlaku setiap tahun di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat Malaysia iaitu Demonstrasi Kuasa Tembakan 2014.

Program yang bermula pukul 9.30 pagi menyaksikan beberapa aset ketenteraan milik ATM menonjolkan kehebatan dalam menggempur ‘musuh’ yang turut disaksikan oleh Panglima tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Yang turut hadir dalam demonstrasi berkenaan Pemangku Timbalan Tentera Darat Brunei, Kolonel Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud; Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

Tidak keterlaluan jika pada hemat penulis yang menyaksikan acara itu, demonstrasi berkenaan bukan sekadar menunjukkan kehebatan aset ketenteraan milik Tentera Darat malah memperlihatkan keupayaan pengendalian aset.

Kecekapan mereka dalam mengendalikan aset ketenteraan wajar dipuji berdasarkan pengamatan penulis, mereka mempunyai kepakaran masing-masing untuk memastikan musuhnya yang disasarkan habis binasa dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Boleh dikatakan pada hari berkenaan, Tentera Darat menunjukkan hampir kesemua aset tempur miliknya dalam demonstrasi selama setengah hari itu iaitu persenjataan artileri, armor, jentera dan infantri.

Antara aset yang dipertontonkan termasuk peluru berpandu Anza buatan Pakistan yang mempunyai keupayaan mengenai sasaran musuh pada jarak lima kilometer dan peluru berpandu antikereta kebal, Baktar Shikan keluaran Pakistan dengan kebenaran berlesen dari China. Sistem pelancar aset ini boleh digalas oleh anggota tentera.

Turut dipamerkan kehebatan termasuk kereta kebal pengangkut jenis Condor 20mm Oelikon yang mampu membawa lapan anggota pada satu-satu masa ketika operasi.

Aset Kor Armor Diraja itu juga pernah mendapat pengiktirafan besar ketika berkhidmat di Lebanon di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, turut menghangatkan suasana pagi tersebut termasuk kemunculan kereta kebal Pendekar (PT-91M) buatan Poland dengan mempamerkan aksi membedil sasaran.

Diterima pada 16 April 2009, PT-91M bukan sahaja mempunyai kuasa tembakan malah kuasa daya mobiliti dan perlindungan terbaik kepada krew, selain direka bentuk dengan kadar graviti dan ‘sillhouette’ yang rendah bagi mengurangkan pengesanan pihak musuh.

Turut mengambil tempat pada demonstrasi berkenaan adalah dua pesawat pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM dan juga pesawat Hawk yang berlegar-legar di ruang angkasa dengan pelbagai formasi sebelum membedil kawasan sasaran.

Antara formasi yang dilakukan termasuk teknik membedil sasaran musuh seperti yang pernah dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah ke atas pengganas Sulu.

Sheikh Mokhsin dalam kata-kata aluan yang diterbitkan pada program berkenaan, menjelaskan demonstrasi ini memperlihatkan keupayaan formasi dan impak dalam sistem persenjataan.

Lebih daripada itu katanya, demonstrasi tahunan yang diadakan ini bertujuan memperlihatkan kecekapan selain mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pasukan keselamatan yang bergabung untuk melaksanakan misi.

“Menerusi demonstrasi ini, kita mahu tunjukkan bahawa persenjataan ATM jika dirancang dan digunakan dengan betul, mampu menghasilkan kuasa pemusnah yang dikehendaki dan menghalang sebarang ancaman musuh pada negara.

“Malah juga dapat memberikan kesan yang mana jalinan erat kerjasama dalam sayap ATM ini dapat diterapkan ketika di medan pertempuran. Bukan itu sahaja, demonstrasi itu diharap dapat memberikan maklumat kepada khalayak," katanya.

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa, ATM sebagai pasukan keselamatan negara merupakan satu-satu pasukan yang mampu mempertahankan negara menerusi impak ketumbukannya yang padu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.