saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 23/09/2014

Abdul Latif bantu tewaskan Bentong Kali

Abdul Latif Harun di Pejabat UTK, Bukit Aman.

TANGGAL 13 April, 1975 menjadi tarikh bermakna buat Sub Inspektor Abdul Latif Harun, 60, kerana itulah permulaan beliau menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukan sekadar minat, tetapi keinginannya untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa menyebabkan beliau memilih polis sebagai karier selama 39 tahun.

Meskipun gagal diterima pada kali pertama pada 1973 kerana tidak menepati syarat-syarat fizikal, beliau terus mencuba membuat permohonan kali kedua pada tahun berikutnya dan hanya diterima pada tahun 1975 iaitu permohonan kali ketiga.

Bagi Abdul Latif, gagal diterima pada awalnya tidak langsung mematahkan semangatnya untuk terus mencuba menyertai pasukan keselamatan itu dan kecintaannya terhadap tugas yang dilakukan selama ini menyebabkan beliau seolah-olah sukar menerima yang tempoh perkhidmatannya semakin hampir ke penghujungnya.

Ini kerana ujar beliau, suka duka yang dilalui sepanjang tempoh bertugas begitu berharga dan akan menjadi ingatan terindah selepas menamatkan perkhidmatan pada 1 Oktober tahun ini dengan jawatan terakhir sebagai Sub Inspektor Unit Tindakan Khas bahagian Tatatertib dan Kebajikan.

Namun beliau berjanji akan sentiasa bersedia membantu negara dan pasukan PDRM jika keadaan memerlukan kelak.

Menyingkap sejarah perkhidmatannya dalam pasukan polis, Abdul Latif yang berasal dari Rantau, Negeri Sembilan memulakan kerjaya dalam bidang kepolisan selepas menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1975.

Selepas itu beliau dihantar menyertai Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-6 di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dari 1975 hingga 1979 dan sebelum ditukarkan ke Unit Tindakan Khas (UTK) sehingga kini.

Beliau dengan penuh teruja memberitahu amat meminati tugasan di UTK yang disifatkan sangat berbeza dan mencabar daripada aspek fizikal dan mental.

Pelbagai pengalaman ditempuhinya sepanjang tempoh itu, antaranya pengalaman terlibat dalam operasi berhadapan penjenayah kejam yang dikenali Bentong Kali pada Jun, 1993.

Jelas Abdul Latif, mereka yang mengenali siapa penjenayah ini pastinya berasa gerun dengan suspek yang terkenal dengan kekejaman membunuh dan terlibat pelbagai aktiviti jenayah.

Malah, banyak kali juga dia dan rakan-rakan sepasukan terlibat dalam serbuan menangkap penjenayah itu dan sering diminta bersiap sedia berikutan kelicikan Bentong Kali dalam meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun Bentong Kali akhirnya maut dalam kejadian berbalas tembak ketika Abdul Latif dan rakan-rakan sepasukan berjaya memasuki markas persembunyian penjenayah itu dan kumpulannya di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur.

“Pada saya, Bentong Kali adalah seorang suspek yang ganas dan kejam. Dia tidak teragak-agak untuk menembak orang yang menegurnya.

“Ketika operasi itu, empat anggota diminta ke tingkat atas sementara yang lain termasuk saya membantu selepas bunyi tembakan kedengaran di dalam rumah berkenaan.

“Kami mendapati ada dua suspek telah mati terkena tembakan di tingkat bawah rumah namun tidak menemui Bentong Kali. Selepas membuat pemeriksaan lanjut, kami menemui kesan darah di balkoni rumah berkenaan sebelum menemui jasad penjenayah itu yang terkena tembakan," ceritanya lagi.

Kata Abdul Latif lagi, pelbagai operasi yang membabitkan berbalas tembakan telah ditempuhinya namun syukur Allah melindunginya sepanjang beliau berkhidmat sepanjang 34 tahun dalam unit UTK PDRM.

Ujarnya, walaupun sesekali berasa gentar namun perkara itu bukanlah penghalang baginya untuk terlibat dalam apa juga operasi bahaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.