saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/07/2012

Dinar emas: NGO, blogger lapor polis

KOTA BHARU 6 Julai - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog hari ini membuat empat laporan polis berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan Pas Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT).

Selain membuat laporan, wakil NGO terbabit turut menyerahkan beberapa dokumen penting termasuk laporan dalam syarikat tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

Malah, kumpulan NGO dan penulis blog berkenaan tidak menolak kemungkinan skandal didalangi oleh individu tersebut turut melibatkan sindiket antarabangsa.

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, laporan polis itu dibuat selepas pihaknya mengadakan pendengaran tertutup daripada beberapa saksi serta beberapa bahan bukti yang menunjukkan kemungkinan wujudnya skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya memohon kepada pihak polis supaya menjalankan siasatan terperinci tanpa prejudis tetapi meminta semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan sendiri selagi ia tidak diputuskan di mahkamah.

"Hari ini kita buat empat laporan polis terhadap beberapa individu dan institusi-institusi berhubung kes skandal mata wang syariah Kelantan. Pihak kami juga menyerahkan beberapa dokumen dan bukti berhubung skandal itu.

"Sebelum ini kita sudah ada pendengaran tertutup, kita kumpul bukti dan mengambil keterangan saksi-saksi yang terlibat dalam skandal ini. Jadi kita menerima banyak dokumen-dokumen dan hari ini sebahagian diserahkan kepada pihak polis.

"Pihak kami akan memfailkan lebih banyak laporan bagi polis, kastam, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekutriti dan imigresen berhubung isu ini pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini.

Turut hadir, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad; Presiden Profesional Kelantan (Kelpro), Nor Azli Ahamed dan wakil Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Mohd. Zakri Mohd Zaki.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan dakwaan wujudnya skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas Kelantan selepas Syed Azidi mendedahkan tiga laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan salah laku pegawai kanan dalam KGT.

Ekoran daripada itu, beliau meminta Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa menjawab 10 soalan mengenai hubungannya dengan pegawai kanan berkenaan. Husam adalah Pengerusi KGT dan individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan KGT.

Sementara itu, Wan Khairul Ihsan memberitahu, sebanyak tujuh laporan polis telah dibuat berhubung isu tersebut termasuk tiga laporan sebelum ini.

"Keempat-empat laporan ini dibuat kerana kami rakyat Kelantan mahukan keadilan. Dokumen-dokumen dalaman yang kita peroleh mengesahkan hubungan dan pembabitan beberapa individu.

"Sekarang ini, kita meneliti kesahihan beberapa dokumen dan setelah yakin ia asli, kita akan serahkan kepada polis," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Wan Khairul, daripada apa yang dilihat, isu itu turut melibatkan satu sindiket antarabangsa.

Katanya, untuk makluman pihak media, satu laporan polis telah dibuat di sebuah negara di Eropah pada 29 Jun lalu terhadap individu yang didakwa terlibat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.