saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/08/2012

Guan Eng perlu jelaskan polisi

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud.

Chor berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam kenyataan di sini, Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Guan Eng juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan Pas sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

"Di bawah tekanan, Guan Eng telah menggunakan polisi bersamanya untuk menjelaskan hubungan antara DAP dan Pas, cuba memusing fakta bahawa DAP telah membenarkan Pas melaksanakan hukum Hudud. Malangnya polisi yang digunakan DAP menunjukkan ia tidak konsisten dengan butiran dan penjelasan yang diberikan," katanya.

Anggota Parlimen Alor Setar itu menambah, jika polisi bersama yang diperkatakan Guan Eng mengenai Buku Jingga, jadi mengapa Kelantan yang diperintah Pas mengenakan larangan tertentu di negeri itu seperti aktiviti judi berlesen dan arak walaupun polisi berkenaan tidak disenaraikan dalam buku itu.

"Ia adalah jelas bahawa pakatan tidak berkongsi polisi yang sama dan mereka hanya bersama kerana memerlukan antara satu sama lain dalam bidang politik dan pada masa depan, mereka akan berpecah juga kerana kepentingan politik, meninggalkan rakyat menjadi mangsa kepada cara melulu mereka," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.