saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/08/2012

BN tetap berpegang prinsip 'Janji Ditepati' - PM

NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada orang kurang upaya, Rohmatnor Yahya sambil diperhatikan Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (kanan) pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA TERENGGANU 9 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak goyah dalam perjuangannya dengan terus berpegang kepada prinsip 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan perkara wajib yang dituntut dalam Islam.

Malah, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya sedia ditolak oleh rakyat jika gagal mengotakan setiap janji demi masa depan mereka dan negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan BN akan sentiasa komited dalam menterjemahkan janji itu kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira parti serta fahaman politik.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama meneruskan perjuangan dengan memberi sepenuh kepercayaan agar kerajaan dapat terus melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan bagi membela nasib mereka.

"Kita berjuang untuk tunaikan janji kepada rakyat. Kita teruskan pembelaan pada rakyat. Jangan gusar dan goyah kerana kita berada di landasan betul mengikut sunnah dan al-Quran.

"Marilah kita teruskan perjuangan dan berilah kepercayaan kepada kerajaan yang berpegang pada prinsip 'Janji Ditepati'," katanya ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di pekarangan Masjid Padang Nenas dekat sini petang ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhamad Ramli Nuh.

Najib berkata, sehubungan itu, tema sambutan Hari Kemerdekaan bukan soal politik tetapi bertemakan rakyat, berlandaskan hukum, al-Quran dan sunnah.

"Ini bukan soal politik, yang penting kita orang Islam wajib tunaikan janji, tak kira pada BN ataupun 'belah sana' (pembangkang). Jangan main politik," ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, sebagai sebuah kerajaan, BN sentiasa berdiri pada prinsip setiap janji wajib ditepati dan bukannya cakap tidak serupa bikin.

"Itulah komitmen kerajaan BN, kita bukan main politik, kita tak boleh cakap tapi tak buat," jelasnya.

Beliau mengingatkan tentang sepotong hadis tentang tiga perkara iaitu apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dipercayai dia khianati.

Dalam ucapannya, Najib turut teruja dengan sambutan segenap lapisan rakyat bagi memeriahkan program berbuka puasa bersama beliau.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan ihsan Ramadan dalam bentuk jubah dan air zam-zam kepada imam serta bilal dalam Parlimen Kuala Nerus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.