saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/08/2012

BN Selangor tunjuk bukti arahan Abass

Mohd. Zin Mohamed menunjukkan surat arahan kurangkan pengeluaran air terawat pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 15 Ogos - Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengemukakan tiga salinan dokumen bagi membuktikan Konsortium Abass Sdn. Bhd (Abass) ada mengarahkan supaya pengeluaran air terawat dikurangkan daripada 145 juta kepada 120 juta gelen sehari tahun lalu.

Salah satu salinan dokumen itu merupakan memorandum kepada Ketua Pegawai Operasi Abass, Ir. Abass Abdullah manakala dua lagi merupakan surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua dan CEO Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ruslan Hassan.

Sambil menunjukkan salinan dokumen yang menggunakan kepala surat Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) itu, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kesemuanya ditandatangani Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB), Suhaimi Kamaralzaman pada 29 Disember 2011.

Sehubungan itu, kata beliau, penafian KPS bahawa mereka telah mengarahkan Abass mengurangkan pengeluaran air terawat berserta data pengeluaran air daripada pihak Abass bermula Januari 2011 hingga Februari 2012 adalah mengelirukan.

Ini kerana ujarnya, memorandum arahan yang dikeluarkan KPS kepada Abass berserta surat kepada SPAN dan Syabas bertarikh 29 Disember 2011 dan bukannya bermula pada Januari 2011.

"Arahan ini dicapai setelah perbincangan dengan Lembaga Pengarah KPS. Apa yang mendukacitakan kami ialah kerajaan negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini.

"Tidak kisah apa juga alasan yang diberikan, arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor, di sini.

Pada 10 Ogos lalu, Mohd. Zin mendakwa krisis air yang berlaku di Kajang dan Balakong, dekat sini sebenarnya berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri berikutan arahan kepada Abass supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada 120 juta gelen sehari pada tahun lalu.

Tindakan itu menyebabkan berlaku krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abbas mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Dalam pada itu, Mohd. Zin berkata, dakwaan kononnya Syabas tidak menjalankan tugas dengan baik adalah pembohongan semata-mata.

"Abass yang mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan daripada 145 juta kepada 120 juta gelen sehari. Kenapa salahkan Syabas?" katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.