saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/08/2012

Manifesto isu air percuma bukan perjanjian

SHAH ALAM 29 Ogos - Manifesto parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah 'bukan satu perjanjian'.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.

"Manifesto itu bukan satu perjanjian," katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai sebab kerajaan negeri meletakkan syarat penduduk mesti menukar meter individu sebelum mendapat kemudahan air percuma sedangkan jelas tertera dalam manifesto pakatan pembangkang sebelum ini bahawa tawaran tersebut tidak menyebut tentang syarat meter individu atau pukal.

Semalam, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan memberitahu, para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan masih belum menerima kemudahan air percuma sebagaimana dijanjikan kerajaan PKR Selangor sejak Ogos 2008.

Kata beliau, perangkaan itu melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya; Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman tersebut, maka keseluruhannya mencecah hingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

Sohaimi turut menyelar tindakan kerajaan negeri yang menjadikan alasan mekanisme dan teknikal dalam penukaran meter air pukal kepada individu untuk mengelak menunaikan janji pemberian air percuma kepada rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberikan alasan syarat penukaran meter individu itu dilakukan memandangkan program penukaran meter individu sudah diarahkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sejak 2007.

"Jadi, kita minta Syabas percepatkan pelaksanaan program tersebut. Pengumuman kita ialah hanya beri air percuma kepada mereka yang ada meter persendirian.

"Adalah lebih baik selesaikan pertukaran kepada meter persendirian kerana mereka akan terus mendapat pemberian air percuma," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai program khusus bagi membantu golongan tidak berkemampuan yang tinggal di rumah pangsa kos rendah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.