saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 19/09/2012

Tragedi diramal landa negara

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Para pemerhati politik termasuk dari luar negara melihat pakatan pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersedia mentadbir negara jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang seperti dilaporkan portal propembangkang, The Malaysian Insider.

Laporan itu yang memetik peguam, Andrew Khoo memberitahu, jika pembangkang berkuasa, ia bakal menjadi tragedi buat negara ini kerana terdapat banyak perkara yang masih tidak diselesaikan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas serta DAP.

Sebagai contoh, katanya, pakatan pembangkang sehingga kini masih gagal mewujudkan 'Kabinet Bayangan' seperti dijanjikan dan situasi ini mengehadkan kredibiliti mereka sebagai pakatan berwibawa.

Menurutnya, walaupun pembangkang mempunyai dasar bersama dalam Buku Jingga, kegagalan atau keengganan mereka mewujudkan Kabinet Bayangan menunjukkan mereka gagal menterjemahkan dasar mereka dengan jelas.

Selain itu, katanya, corak pakatan pembangkang dalam pentadbiran yang sering menampilkan tiga ahli jawatankuasa dari PKR, Pas dan DAP menimbulkan persoalan pihak mana yang paling berkuasa dalam menjelaskan dasar dicadangkan.

"Pada saya, tragedi besar Malaysia ialah apabila pakatan pembangkang menang dan kemudian gagal sebagai kerajaan. Keadaan itu bakal mewujudkan sebuah lagi (pakatan) pembangkang," katanya seperti dipetik daripada portal propembangkang berkenaan.

Andrew dilaporkan berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi Ke Atas PRU-13 Malaysia di Petaling Jaya malam tadi.

Forum itu turut menampilkan Pensyarah Sains Politik Singapore Management University, Profesor Madya Bridget Welsh dan seorang lagi peguam, Lim Seng Heng.

Welsh berkata, pakatan pembangkang perlu menyelesaikan percanggahan mereka mengenai perkara seperti hudud dan menambah kekurangan pengalaman antara pemimpin mereka juga akan menimbulkan isu.

Menurutnya, jika memerintah kelak, pakatan pembangkang juga bakal menghadapi cabaran untuk bekerjasama dengan penjawat awam.

"Bukan parti politik yang mentadbir negara ini selama ini tetapi ia ditadbir oleh birokrasi. Individu-individu ini juga akan membuat keputusan mereka," katanya.

Welsh menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus mendapat pujian kerana berjaya melakukan reformasi atau transformasi undang-undang sejak mengambil-alih tampuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, Seng Heng pula dilihat lebih optimis mengenai keupayaan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara.

"Ia adalah satu risiko yang perlu kita ambil. Saya tidak fikir kita patut terlalu cemas bahawa pakatan pembangkang tidak akan mampu memerintah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.