saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/09/2012

Anwar, pemimpin pembangkang naik jet

Anwar Ibrahim kelihatan ketawa ketika berbual-bual dengan Tan Seng Giaw di dalam jet eksekutif.

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden PKR, Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

DR. Hatta Ramli (kiri) bersama Tian Chua turut serta dalam penerbangan ke Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah menaiki jet eksekutif.

Antaranya, blog http://mediawangsamaju.blogspot.com menerusi gambar daripada akaun Twitter Tian Chua memaparkan Anwar yang memakai kaca mata hitam kelihatan gembira sambil berbual dengan para pemimpin pembangkang lain di atas jet mewah tersebut.

Blog itu turut memaparkan gambar Anwar mengatakan sesuatu kepada Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Tian Chua bersama-sama Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin bersama-sama bekas Ahli Parlimen Kemaman dari PKR, Abdul Rahman Yusof.

Dalam pada itu, blog http://azmykelanajaya.blogspot.com pula mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang dilihat bermewah-mewah dalam perbelanjaan mereka ketika pakatan itu baru mentadbir empat negeri.

zuraidaH Kamaruddin dan Abdul Rahman Yusof juga tidak ketinggalan menaiki jet eksekutif bersama Anwar Ibrahim.

Menurut blog itu, selain jet, Anwar juga sebelum ini menjelajah ke seluruh Semenanjung menggunakan bas mewah untuk berkempen.

Di sebalik semua itu, katanya, Anwar sering melemparkan fitnah terhadap para pemimpin negara kononnya kerap melakukan pembaziran serta terlibat dalam rasuah.

"Nah, sekarang semuanya terpaling balik ke muka sendiri! Jika sebelum ini mereka bermewah-mewah dengan bas RM500,000, kini beralih rasa kepada jet pula! Lebih parah, ini semua berlaku ketika mana mereka hanya menguasai beberapa negeri sahaja," katanya.

INILAH jet eksekutif yang dinaiki Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pembangkang yang disiarkan dalam blog http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Dalam pada itu, Tian Chua ketika dihubungi hari ini memberitahu, pesawat tersebut hanya disewa oleh pakatan pembangkang, namun enggan mendedahkan butiran harga sewaan serta syarikat pemiliknya.

"Anda boleh periksa sendiri, cuba cari rekod dengan Kementerian Pengangkutan atau hubungi Subang SkyPark," katanya ringkas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.