saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/09/2012

Konvensyen DAP Perak 'panas' perwakilan kecam Koo Ham

IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu.

Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini.

Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa bangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu.

Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik.

''Kepimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana mereka menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana," kata Solaiman.

Ying Hwa dan Solaiman merujuk keputusan DAP negeri mengheret tiga cawangannya di Manjung iaitu Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam tanpa kebenaran.

Pada satu ketika, keadaan tegang memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik mencelah sambil cuba menenangkan keadaan dengan meminta mereka yang terlibat hanya berbahas mengenai isu nasional dan negeri, manakala isu dalaman dibincangkan mengikut saluran parti yang lain.

Bagaimanapun usahanya gagal apabila perwakilan terus mengkritik Koo Ham.

Seorang perwakilan dari Taman Sejati, Sitiawan turut menjadikan konvensyen itu sebagai medan mengkritik Koo Ham kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims baru-baru ini.

Perwakilan tersebut yang tidak memperkenalkan dirinya menyifatkan tindakan Koo Ham itu hanya merosakkan segala usaha selama ini untuk menarik minat orang bukan Cina menyertai DAP.

Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelembapan kepimpinan parti untuk meluluskan penubuhan cawangan baru terutama di kawasan bukan 'kem' mereka.

''Mereka bertindak sengaja melewat-lewatkan kelulusan menubuhkan cawangan baru di kawasan yang dianggap bukan 'kem' mereka. Ini semua adalah taktik tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.