saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/09/2012

Perkasa cabar Pas tegur Dong Zong

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Pas agar menegur Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) jika benar parti itu bercita-cita mahu menggantikan UMNO dalam membela kepentingan orang Melayu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana tuntutan Dong Zong tidak terhad kepada soal kekurangan guru semata-mata tetapi turut mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Beliau menyelar sikap berdiam diri Pas dalam soal itu kerana dipercayai bimbang kaum Cina tidak mengundi parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang berkata, Pas tidak akan mampu menggantikan UMNO jika tidak berani menegur Dong Zong.

"Mana suara Pas dalam soal ini? Mereka mendakwa mahu menggantikan UMNO tetapi hendak menegur Dong Zong pun tidak berani tetapi jika kerajaan menurut kehendak Dong Zong, saya percaya Pas akan menjadi pihak pertama menuduh UMNO jual bangsa Melayu.

"Atas sebab itu, Perkasa mahu kerajaan bertegas. Mana-mana tuntutan Dong Zong yang bertentangan dengan Fasal 151, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pelajaran Kebangsaan perlu ditolak dengan tegas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dong Zong mengemukakan lapan tuntutan baru, selepas kumpulan 500 ahli persekutuan itu berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Dong Zong di Parlimen semalam dengan menyifatkan, ia tidak ubah seperti pengkhianatan kepada kepentingan orang Melayu.

Katanya, beliau kesal dengan sikap Anwar yang tidak sensitif dengan tuntutan melampau Dong Zong hanya kerana ingin memenangi hati kaum Cina demi mencapai cita-cita bergelar Perdana Menteri walaupun ia mengguris perasaan orang Melayu.

Ibrahim sehubungan itu menggesa orang Melayu agar bangkit bersatu bagi memastikan hak yang sedia terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terpelihara serta Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak dicabuli sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita tiada masalah jika tuntutan tersebut berkisar mengenai masalah kekurangan guru tetapi hakikatnya Dong Zong mahu lebih daripada itu. Harus diingat Dong Zong ini memboikot sebarang penyertaan dalam sebarang seminar mahu pun sidang meja bulat anjuran kerajaan.

"Kalau mereka begitu berani mengapa kita terus menikus bila hak melayu semakin hilang, bolehkah kita berhimpun seramai mungkin bagi menuntut setiap pelajar Melayu yang layak ke universiti diberi biasiswa penuh termasuk sara diri kerana itu hak yang dijamin dalam Fasal 153," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.