saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/10/2012

3 anak syarikat kerajaan Pulau Pinang rugi

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Tiga anak syarikat kerajaan negeri di bawah Perbadanan Pulau Pinang iaitu Penang Global Tourism Sdn. Bhd. (PGTSB), PDC Nusabina Sdn. Bhd. (PDCN) dan PDC Homes Sdn. Bhd. (PDCH) didapati telah mencatat kerugian sebelum cukai pada tahun kewangan 2008 hingga 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati, kerugian terkumpul sehingga 2010 bagi ketiga-tiga syarikat itu berjumlah lebih RM6.8 juta iaitu masing-masing RM1.09 juta, RM5.16 juta dan RM583,035.

PGTSB yang bertindak sebagai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri itu mencatatkan kerugian tersebut ekoran peningkatan jumlah perbelanjaan berbanding kekurangan pendapatan yang diterima.

Peningkatan ketara terhadap jumlah operasi dan pentadbiran iaitu daripada RM2.67 juta pada 2009 kepada RM4.66 juta pada 2010 ekoran promosi perlancongan yang dijalankan Pejabat Pelancongan Negeri Pulau Pinang telah dipindahkan kepada PGTSB yang berjumlah RM2.96 juta

"Pada pendapat audit, PGTSB perlu mengkaji keperluan untuk membiayai perbelanjaan aktiviti promosi yang dijalankan pejabat pelancongan Negeri bagi memastikan kawalan dalaman terhadap peruntukan dan perbelanjaan aktiviti dapat ditingkatkan," kata laporan itu.

Kerugian terkumpul tertinggi yang dicatatkan PDCN iaitu sebuah syarikat kontraktor industri pembinaan kerja-kerja awam dan struktur itu disebabkan penurunan pendapatan ketara pada 2010 berbanding tahun sebelumnya kerana sebahagian besar pendapatan bayaran projek yang dijalankan pada tahun sebelumnya diterima pada 2008 dan 2009.

Oleh itu, pada pendapat audit, PDCN perlu mendapatkan lebih banyak projek pada masa akan datang supaya operasi syarikat mampu menjana keuntungan.

Sementara itu, PDCH yang melaksanakan projek-projek perumahan dan komersial mencatatkan kerugian tersebut untuk tiga tahun berturut-turut disebabkan jumlah perbelanjaan pentadbiran meningkat dan tiada pendapatan daripada projek yang diperoleh kerana projek pembinaan hanya bermula pada Disember 2010 dan belum dijual.

Selain itu, PDCH juga tidak menyediakan perancangan jangka panjang bagi menentukan hala tuju syarikat.

"Syor audit ialah PDCH sebagai pemilik dan pegawai penguasa projek perlu meningkatkan pemantauan terhadap projek-projek yang dijalankan serta memastikan kesemua peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dipatuhi sepenuhnya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.