saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/10/2012

Dakwaan Husam DAP lebih baik dianggap melampau

KOTA BHARU 17 Okt. - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa bersikap melampau apabila menyifatkan DAP jauh lebih baik berbanding UMNO.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Husam mungkin lupa bahawa Pas terpaksa menggugurkan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan menangguhkan pelaksanaan hukum hudud akibat penentangan daripada pemimpin parti tersebut.

"Dari segi prinsip kita beragama. UMNO sebuah parti orang Islam dan dalam Perlembagaannya Fasal 3, parti itu mesti mempertahan, menegak dan mengembangkan Islam.

"Itu prinsip wujudnya UMNO dulu. Macam mana DAP sebuah parti sekular, bukan orang Islam, menentang semua program Islam sehingga Pas sendiri terpaksa menggugurkan negara Islam daripada perjuangannya serta terpaksa menangguh pelaksanaan hudud kerana desakan daripada Pengerusi DAP dikatakan lebih baik?

"Sama ada dia tersasul atau tersasar, tetapi saya fikir dia sudah melampau dalam kenyataannya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Husam ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini yang menyifatkan DAP lebih baik daripada UMNO.

Antara lain, Husam merujuk penentangan DAP terhadap keputusan kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat di Kelantan pada 1978 dan peruntukan-peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada masjid di negeri berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.