saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 06/11/2012

Rakyat diminta buka mata

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Umat Islam di negara ini perlu buka mata dan menyedari bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan fahaman pluralisme agama iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam kerana mengiktiraf kesamarataan semua agama.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang kecewa dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kelmarin bahawa orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama mereka, mahu Dewan Ulama Pas menyatakan pendirian tegas serta memberi nasihat kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang secara peribadi turut melahirkan rasa bimbang sekiranya PKR dan parti-parti sekutunya diberi mandat memerintah negara ini.

‘‘Saya sebenarnya tertanya-tanya bagaimana tergamak Nurul Izzah sebagai seorang Islam mengeluarkan kata-kata seperti ini. Tidakkah beliau terfikir kata-katanya bertentangan dengan akidah Islam dan Perlembagaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nurul Izzah dalam berita yang disiarkan di dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam menegaskan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Kenyataan itu disuarakan Nurul Izzah yang bertindak sebagai ahli panel ketika menjawab soalan sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab? anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya kelmarin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.