saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 06/11/2012

Sanggup belakangkan agama

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang sanggup mengeluarkan kenyataan membelakangkan agama Islam dilihat sebagai tindakan terdesak bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Prof. Madya Dr. Yusoff Mohamad berkata, sekiranya kenyataan bahawa ‘rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu perlu terpakai kepada orang Melayu’ tersebut benar-benar dikeluarkan oleh Nurul Izzah, tindakan seumpama itu adalah salah dan tidak sepatutnya lakukan.

Tegas beliau, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga tidak wajar menjual agama dan akidah semata-mata untuk menarik sokongan pengundi terutamanya golongan liberal dan bukan Melayu.

‘‘Dalam Perlembagaan Persekutuan juga menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, orang Melayu adalah beragama Islam dan berbangsa Melayu serta perlu mengikut cara hidup budaya Melayu.

‘‘Kenyataan Nurul Izzah itu mengundang kontroversi. Jika seseorang itu beragama Islam, dia perlu taat kepada perintah agama dan mengamalkan cara hidup budaya Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan peserta forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran sebuah gereja di Subang Jaya kelmarin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.