saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/11/2012

Pas perlu buat teguran

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Para ulama Pas dicabar menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, sebagai rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, Pas yang didakwa sebuah parti Islam perlu membuat teguran itu agar masyarakat tidak terkeliru seolah-olah mereka mengizinkan fahaman pluralisme diamalkan di negara ini.

''Hukum ini berkaitan akidah iaitu demi mempertahankan agama, mereka yang arif berhubung hukum Islam mesti bersuara apabila ada orang cuba membebaskan keterikatan agama yang dipegang oleh orang Melayu.

''Dalam isu ini, lebih baik sekiranya dia (Nurul Izzah) jahil atau tidak faham potongan ayat tersebut, jangan bercakap atau rujuk kepada mereka yang lebih autoriti. Dia boleh memanfaatkan Dewan Ulama Pas untuk mendapatkan pandangan, jangan kita hanya bercakap sesuka hati,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nurul Izzah dalam satu laporan portal propembangkang, Malaysiakini menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Kenyataan itu disuarakan Nurul Izzah ketika menjadi salah seorang ahli panel forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana: Siapa bertanggungjawab? bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu di Subang Jaya, Selangor Sabtu lalu.

Menurut Fathul Bari, kenyataan Nurul Izzah tersebut seolah-olah menggambarkan beliau seorang pendukung fahaman pluralisme biarpun tidak mengakuinya secara lisan.

Jelasnya, tafsiran ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah yang dirujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ''tidak ada paksaan dalam agama'' hanya terpakai kepada mereka yang bukan Islam.

''Apabila kita membuka ikatan bagi kebebasan beragama kepada bukan Islam, secara tidak langsung kita mengiktiraf fahaman pluralisme.

''Kita sebenarnya patut bersyukur kerana di bawah peruntukan Perlembagaan telah 'mengikat' orang Melayu dengan Islam,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.